Oleh Zin Mahmud
Islam adalah agama Persekutuan. Tetapi itu tak bermakna orang Islam
boleh menyekat laluan jalan masjid. Sememangnya orang Islam Malaya sudah
sembahyang Jumaat lama dulu sebelum datangnya para imigran dari China
dan India.
Dari zaman Sultan Melaka, Sultan Kedah dan Sultan Patani.
Pada zaman British, Islam adalah agama negara-negara Melayu baik dalam Federated Malay States ataupun Unfederated Malay States. Orang Islam juga bebas sembahyang di Singapore, Malacca, Penang dan Province Wellesley yang serba sempit.
Tetapi masa itu tidak ada banyak kereta. Orang Melayu pun tidak ada kereta. Kalau ada pun, orang Melayu hanya jadi
drebar tuan-tuan orang putih dan kemudiannya tauke- tauke Cina. Drebar
orang Melayu terkenal dengan kecekapannya, kejujurannya dan
kesetiaannya.
Islam jadi agama Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
Dari masa penubuhannya sampailah tahun 1980-an, masih tidak ada masalah
parking kat masjid.
Selepas tahun 1980-an, dengan adanya Proton dan Perodua, bertambahlah
masalah parking bukan saja di masjid tetapi di mana-mana juga. Tetapi
di masjid memang kronik hingga boleh ganggu jalan raya.
Dekat rumahku kalau tidak diuruskan memang boleh jadi gaduh kaum.
Mereka tak bersuara tapi di belakang mereka merungut juga. Kita tak
dengarlah. Masjid dekat rumahku upah Rela untuk uruskan laluan. Dengan
ada Rela, lebih teruruslah.
Bila ada media sosial, mulalah kita dengar rungutan orang lain
terhadap kesesakan laluan masjid pada hari Jumaat. Mereka merungut
sahaja tapi tak berani tegur.
Anakku juga merungut. Katanya ini salah generasi aku kerana tak buat town planning dan design masjid yang betul.
Dia mempersoalkan mengapakah semua surau tidak diaktifkan untuk
sembahyang Jumaat supaya semua orang boleh pergi sembahyang Jumaat
dengan berjalan kaki saja.
Aku harap pergaduhan di Austin itu jadi wake up call dan turning point. Johor lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan