PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim
memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon perdana
menteri jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya kata beliau, keperluan pada masa sekarang adalah memberi tumpuan sepenuhnya menghadapi PRU14.
“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya
kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon
perdana menteri.
“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU.
“Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada
pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat,” kata beliau dalam
kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.
Sebelum ini, PKR dan 2 lagi komponen PH menamakan Anwar, yang kini
menjalani hukuman penjara 5 tahun, sebagai bakal perdana menteri barisan
pembangkang jika menewaskan Barisan Nasional (BN).
Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai meredakan perasaan tidak senang
yang didakwa wujud ekoran pendirian tidak sepakat di kalangan gabungan
PH mengenai calon perdana menteri pakatan itu.
Awal bulan ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
melahirkan kesediaan beliau kembali berkhidmat sebagai perdana menteri
jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya.
Bagaimanapun menurut Pengerusi PPBM itu, beliau memerlukan sokongan
penuh pemimpin dalam PH yang kini dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan
PPBM.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003
berkata, beliau sanggup kembali berkhidmat “untuk seketika” jika tidak
ada pilihan lain.
“Jika tidak ada calon, saya mungkin cuba, tetapi hanya dengan syarat semua orang setuju,” kata beliau yang berusia 92 tahun.
Kata beliau: “Saya tidak boleh mengabaikan rakan dalam PH. Jika
mereka ada cadangan seperti itu dan dipersetujui, maka saya mungkin
terpaksa mempertimbangkannya.”
“Pada masa ini, saya tidak setuju untuk menjadi perdana menteri…pada masa ini,” katanya.
Respons kepada kenyataan itu sebelum ini, Anwar yang juga ketua umum
PKR berkata, bukan keputusan Dr Mahathir untuk mengambil peranan
kepimpinan dalam pembangkang.
“Bukan dia yang buat keputusan, tetapi PH yang buat keputusan. Orang tak tawarkan diri. Perlu ada konsensus,” kata Anwar.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan