CEO, CFO FGV dikenakan surat tunjuk sebab

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) Zakaria Arshad yang sedang digantung tugas bersama ketua pegawai kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha dikenakan surat tunjuk sebab

Surat itu dikeluarkan berhubung “hutang tertunggak Safitex Trading dengan Delima Oil Products Sdn Bhd”, menurut FGV dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia

“Mereka diberikan tempoh tujuh hari untuk mengemukakan jawapan bertulis berkenaan tuduhan yang disebut dalam surat tunjuk sebab dan akan terus bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada lembaga pengarah,” kata pengumuman korporat itu.

Zakaria, Tifli dan dua lagi kakitangan kanan diarahkan bercuti pada 6 Jun bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.

Selain Zakaria dan Ahmad Tifli, dua lagi eksekutif yang turut diarah bercuti ialah Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading Ahmad Salman Omar.

Sejurus selepas penggantungan itu, Pengerusi FGV Isa Samad memberitahu wartawan yang siasatan PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga itu mendapati ada beberapa kesalahan berkaitan rasuah.

Sehari selepas itu, Zakaria hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya dengan sejumlah dokumen yang dikatakan berkaitan urus niaga FGV.

Beliau berada di ibu pejabat SPRM selama enam jam.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan