Oleh
MUSTAFA Ali dilantik sebagai pengerusi lembaga penasihat PAS, satu
badan baru yang dibentuk parti Islam itu ketika Tuan Ibrahim Tuan Man
memangku jawatan presiden PAS.
Perlantikan Mustafa dibuat selepas beliau tidak dilantik memegang
sebarang jawatan dan digugurkan dari jawatan ketua pengarah pilihan raya
PAS oleh mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang 6
Mei lalu.
Perlantikan Mustafa dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan
pemangku presiden PAS Tuan Ibrahim, ketika Hadi berehat selepas
menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Hadi menjalani pembedahan jantung pada 16 Mei lalu dan kini sedang
menjalani rehat panjang selepas dinasihatkan doktor dan Tuan Ibrahim
memangku tugas presiden PAS.
Selain Mustafa sebagai pengerusi, turut dilantik sebagai ahli Lembaga
Penasihat itu adalah tokoh veteran politik PAS iaitu Dr Sanusi Daeng
Mariok (bekas naib presiden), Abdul Halim Abdul Rahman (bekas bendahari
PAS Pusat dan timbalan menteri besar Kelantan) dan Subky Latif (penulis
veteran PAS).
Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 6 Mei yang dipengerusikan
Hadi, jawatan Mustafa sebagai ketua pengarah pilihan raya, diambil alih
setiausaha politik Hadi, Dr Samsuri Mokhtar.
Keputusan ini menjadikan buat pertama kali Mustafa tidak berada dalam
pucuk kepimpinan utama PAS sejak dilantik menjadi ketua pemuda PAS pada
tahun 1975 lalu.
Mustafa, 72, yang sihat dan aktif ketika dihubungi berkata, beliau
dimaklumkan secara lisan tentang perlantikan itu namun tidak menerima
sebarang surat perlantikan lagi.
"Saya difahamkan perlantikan saya dibuat dalam mesyuarat kedua yang
dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim," kata Mustafa ketika dihubungi
Tuan Ibrahim ketika dihubungi turut mengesahkan perlantikan Mustafa.
"Ya. Dia pengerusi," katanya melalui sistem pesanan Whatapps.
Sehingga berita ini ditulis tidak ada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh PAS mengenainya.
Perlantikan Mustafa dilihat sebagai usaha untuk membawa balik ahli
politik veteran dan pakar strategi pilihan raya PAS itu oleh Tuan
Ibrahim selepas diketepikan oleh Hadi.
"Hadi buang, Tuan Ibrahim bawa balik," kata penganalisis politik,
Mohamad Hisomuddin Bakar yang banyak mengkaji mengenai politik PAS.
Bagi pengerusi eksekutif pusat kajian Ilham Centre itu, ke
empat-empat tokoh politik veteran yang dibawa oleh Tuan Ibrahim itu akan
membawa perimbangan kuasa dalam PAS. –
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan