Oleh Mazlan Aliman
Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan(ANAK) merasa lega dengan perletakan jawatan Tan Sri Isa Samad
sebagai Pengerusi FGV dan menggesa beliau melepaskan jawatan sebagai
Pengerusi Felda Investment Corporation(FIC), Pengerusi Yayasan Felda dan
kesemua jawatan dalam anak anak syarikat samada di Felda maupun FGV.
Namun begitu ANAK mengulangi gesaan agar audit pengurusan mesti dilakukan disepanjang khidmat Tan
Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sejak 1 Jan 2011 dan juga FGV. Ia
bagi mempastikan dakwaan kehilangan berbilion wang Felda dapat disiasat
dan tindakan sewajarnya dapat diambil kepada mereka yang terlibat.
ANAK turut yakin siasatan SPRM yang sedang berjalan sekarang di FGV '
tidak terganggu' dengan pengumuman kerajaan hari ini. ANAK penuh yakin
SPRM sedang melengkapkan siasatan dan bakal mengheret perilaku rasuah
ini ke muka pengadilan.
Dalamasa yang sama ANAK mengalu alukan
perlantikan Tan Sri Dr Mahbob Sulaiman, 67, sebagai Pemangku Pengerusi
FGV dan berharap penggantungan jawatan CEO FGV, Dato' Zakaria Arshad
dikaji semula. Ia diharap boleh membantu plan pemulihan FGV demi
keyakinan pelabur dan kepentingan masyarakat Felda .
Mazlan Aliman
Presiden ANAK
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan