Rakyat Bukan Nak Dekoder TV!

Oleh Hj Salahuddin Ayub

Semalan Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan untuk memberikan dekoder tv secara percuma bagi siaran TV Digital bagi penerima BR1M dan dengan penuh bangga Najib menyatakan Malaysia satu-satunya negara yang berbuat demikian.

Najib perlu sedar, kenapa tiada negara lain buat tindakan sedemikian kerana hanya pemimpin yang tidak waras akan isu sebenar rakyat sahaja yang akan buat sedemikian.

Saya nak tanya berapa kos yang telah dilibatkan dalam projek ini?

Najib perlu sedar bahawa rakyat khususnya generasi muda mahu ialah peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal, rakyat mahu GST dihapuskan, rakyat dambakan rumah mampu milik yang mencukupi, rakyat mahu harga barang keperluan dikawal, rakyat mahu biasiswa pendidikan tinggi tidak disekat dan sebagainya.

Wang yang diperuntukkan sepatutnya disalurkan untuk menyelesaikan pokok permasalahan yang membelenggu rakyat, kalau negara kita mampu menyediakan peluang pekerjaan dan gaji yang baik, keperluan-keperluan lain pasti boleh diselesaikan sendiri oleh rakyat tanpa kerajaan belikan dekoder pun.

Saya melihat Najib terlalu terdesak untuk menjalankan "projek segera" menjelang PRU14 dan saya juga berharap kos dan tender yang terlibat dapat didedahkan kepada umum bagi mengelakkan kes-kes salah guna kuasa berulang.

Hj Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden AMANAH
Parti Amanah Negara
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan