PETALING
JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang kini muncul “lebih juara dan pembela” Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding mana-mna pemimpin dalam Umno.
“Insiden yang paling tidak dapat dilupakan di Malaysia pada bulan
Ramadan sudah pasti perubahan yang diperlihatkan oleh Abdul Hadi Awang,
menjadi lebih juara dan pembela Najib dan skandal 1MDB berbanding
mana-mana orang lain di Umno.”
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media petang ini sebagai respons kepada kenyataan Hadi.
Kata Kit Siang, DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing
dalam hal ehwal domestik Malaysia tetapi “kita juga tidak boleh
membenarkan Malaysia menjadi kleptokrasi global.”
“DAP berpegang teguh dalam pendirian ini kerana tidak ada agama yang menyokong rasuah atau kleptokrasi,” katanya.
Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau
bimbang Malaysia akan jatuh ke tangan negara lain disebabkan tindakan
pihak tertentu cuba mempelawa pihak luar campur tangan dalam masalah
dalaman demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya yakin mereka yang mengundang pihak asing mencampuri urusan
negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka
paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa
iman dan budiman,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Surat Terbuka
Kepada Parti Politik Malaysia”.
Sehubungan itu, presiden PAS mengingatkan semua parti politik tidak
mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan
masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja
Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Katanya, negara asing akan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian oleh mahkamah di negara mereka.
Kenyataan itu dipercayai merujuk tindakan terbaru Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil di California untuk
menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni,
kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi yang didakwa
dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB.
Semalam, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menepis
dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ untuk memfailkan tuntutan
mengenai jenayah yang dilakukan di negara terbabit, melibatkan bank dan
harta di sana.
Kit Siang menambah, bulan Ramadan 2017 menjadi bulan Ramadan yang
tidak dapat dilupakan ekoran perkembangan luar biasa dalam arena
antarabangsa dan nasional.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan