Melayu terus setia kepada BN berbanding kaum lain

RAKYAT Malaysia cemas dengan keadaan ekonomi negara tetapi bagaimana kebimbangan ini menjadi faktor pada pilihan raya berbeza mengikut kaum, lapor Straits Times hari ini.

Walaupun inflasi, ekonomi buruk dan skandal kewangan, orang Melayu tetap akan setia kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno – melihat kerajaan sebagai "penampan kesulitan kewangan", kata akhbar Singapura.

Kaum Cina sebaliknya, menyalahkan BN sebagai sebahagian daripada masalah ekonomi.
"Walaupun isu menunjukkan persepsi negatif terhadap kerajaan kerana kebimbangan mendalam terhadap ekonomi, tiada alternatif yang kukuh kepada parti pemerintah dalam menegakkan kepentingan Melayu," kata Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre sebagaimana dipetik dalam laporan itu.

"Meletakkannya dengan cara yang berbeza, walaupun orang Melayu tidak berpuas hati dengan ekonomi, pembangkang tidak dapat meyakinkan mereka boleh melakukan kerja lebih baik," katanya.
Kebimbangan ekonomi menjadi keutamaan 74% pengundi berbanding perpecahan etnik dan politik iaitu 3% dan 2%, tinjauan Merdeka Center pada Mac.

Inflasi adalah isu paling penting bagi enam daripada 10 rakyat Malaysia dan bagi lebih 3/4 umat Islam, yang membentuk dua pertiga daripada pengundi.

Namun, Perdana Menteri Najib Razak menegaskan kos hidup Malaysia kekal paling rendah di Asia Tenggara. Ia berdasarkan kedudukan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) pada April.

Pada Mac, kadar inflasi mencecah paras tertinggi sembilan tahun pada 5.1%.

Ramai orang Melayu juga "terhutang budi" kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata akhbar itu, manakala orang Cina lebih bimbang tentang korupsi (47%) berbanding inflasi.

Ramai daripada kumpulan etnik minoriti, seperti kaum Cina dan India, juga melihat dasar pro-Bumiputera Malaysia dalam perumahan, pendidikan dan perolehan kerajaan sebagai faktor utama  yang memburukkan ekonomi, mengatakan sistem itu membawa kepada ketidakcekapan dan penyalahgunaan.

Kurang 25% kaum Cina, yang mewakili 30% jumlah pengundi, mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada PRU13, lebih 60% majoriti Melayu menyokong BN-TMI
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan