Saya meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyarankan agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberikan bantuan kepada gelandangan agar mengikut saluran yang betul.
Semua sedia maklum bahawa aktiviti pelbagai jenis bantuan kepada gelandangan telah berpuluh tahun dijalankan tetapi Tengku Adnan hanya sesekali muncul dan mencanangkannya seolah-olah beliau yang paling prihatin terhadap golongan ini.
Bukankah setiap kali program pemberian makanan dijalankan, sudah pasti
aspek kebersihan kawasan diberi keutamaan oleh penganjur. Adakah Ku Nan
sudah turun padang dan melihat sendiri apa yang telah dilakukan?
Jika kerajaan Umno BN tidak berupaya untuk membantu secara total, jangan memperkecilkan pemberian dan sumbangan daripada orang ramai terhadap gelandangan ini.
Tidak perlulah memberikan alasan untuk mengatakan gelandangan ini malas dan sebagainya.
Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya turun padang untuk melihat, memahami dan mendalami keperluan hidup golongan gelandangan ini yang mungkin mempunyai liku kehidupan yang sukar sehingga membawa mereka ke kehidupan sekarang.
Jika kehidupan rakyat kebanyakan di bawah kerajaan Umno BN dengan kos sara hidup yang tinggi, dikenakan GST, pelbagai jenis subsidi dimansuhkan sudah begitu sukar, inikan pula golongan gelandangan dan miskin bandar.
Sesebuah kerajaan yang bagus sudah tentu dapat menangani isu gelandangan ini dengan begitu baik, tetapi negara ini amat malang kerana diperintah oleh kerajaan yang hanya memikirkan 'tembolok' sendiri sahaja.
Datin Paduka Dr Tan Yee Kew
Bendahari Agung
Parti KEADILAN Rakyat

0 comments:
Catat Ulasan