Rindu Bubur Lambok Kampung Baru

Oleh Rossem

Sore ini, tiba -tiba teringat bubur Lambok Kampung Baru. Sudah 12 tahun tidak merasai keenakannya. Dahulu, ketika bermukim di Kuala Lumpur, tiga atau empat kali dalam seminggu, pulang dari pejabat singgah di Masjid Kg. Baru untuk mengambil bubur percuma yang diagihkan untuk orangramai setiap Ramadan. Penagihan bubur lambok sudah menjadi tradisi sejak berzaman. 

Masjid Kg. Baru terkenal dengan bubur lambok yang enak, resipinya lain dari yang lain. Bukan orang miskin sahaja menadah tangan kepada petugas masjid untuk mendapatkan seplastik bubur lambok, bahkan orang kaya juga, kerana di Malaysia ini, rasanya tak ada lagi bubur lambok seenak itu. Bukan kami tak mampu membelinya di bazar Ramadan. Keenakan bubur lambok masjid Kg. Baru tiada tandingannya


Suatu hari, kurang lebih jam 4 sore, ratusan orang sudah kelihatan beratur, saya masuk “Q” . Setengah jam kemudian, hampir di kaunter petugas, hati berdebar-debar, dada berombak, bubur yang sudah siap dimasukkan ke dalam plastik tinggal sedikit sahaja lagi. Sampai giliran saya “ Maaf encik, bubur sudah habis” kata petugas.


Apa nak dikatakan, bukan rezeki saya hari itu. Hadapi ujian dengan sabar. Ada alternatifnya. Lantas saya membeli bubur lambok yang dijual di sekitar pagar masjid Kg. Baru sebagai ganti, sambil memujuk hati kecewa. Tetapi seperti dikatakan tadi, tak sama citarasa bubur lambok asli Masjid Kb Baru.

Ada lagikah tradisi membahagikan bubur lambok percuma di Masjid Kb. Baru. Kuala Lumpur?
Setelah pulang ke Kelantan, saya mencari bubur lambok di bazar-bazar Ramadan di Kota Bharu, ternyata, jauh berbeda, bubur lambok Kelantan resipinya tak sama dengan bubur lambok Kuala Lumpur. Di Kelantan dimasukkan sayur daun midin.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan