ROSMAH Mansor akan menyaman mana-mana pihak yang melakukan
“penerbitan atau posting palsu, berniat jahat” terhadapnya, kata peguam.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Tetuan Noorhajran Mohd Noor, firma
guaman itu berkata sesiapa yang melakukan serangan berniat jahat
terhadap Rosmah yang juga isteri Perdana Menteri Najib Razak, akan
berdepan tindakan undang-undang tanpa notis lanjut atau rujukan.
“Baru-baru ini semakin banyak serangan berniat jahat dan tidak
berasas terhadap Datin Seri Rosmah Mansor di blog dan media sosial.
“Serangan itu adalah tuduhan palsu tanpa bukti atau asas, berniat
jahat dengan niat menjejaskan reputasi Rosmah, mendakwa salah laku dan
mencemar reputasinya,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu bertarikh semalam, sehari selepas Jabatan Kehakiman
(DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan saman untuk merampas aset
bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikaitkan dengan wang 1MDB.
Dalam pemfailan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak,
DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165
juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and
Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama
oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.
DoJ juga mendakwa dalam tuntutan itu sekurang-kurangnya AS$27.3 juta
digunakan oleh Low untuk membeli loket dan rantai bernilai merah jambu
22 karat untuk “Malaysian Official 1 wife”.
Menurut kenyataan itu, peguam Rosmah memantau semua posting di media
sosial dan penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat
terhadapnya.
“Kenyataan media ini untuk memberi amaran kepada masyarakat supaya
tidak membuat posting palsu dan berniat jahat, yang boleh menyebabkan
kekeliruan umum dan salah tafsir.
“Lebih khusus lagi kepada penerbitan dan posting tanpa sumber sah dan
isi kandungan tidak berasas yang dirangka dan berniat dijadikan
kebencian langsung dan serangan politik,” katanya.
Tuntutan saman terbaru DoJ, yang ketiga sejak tahun lalu membawa
jumlah keseluruhan wang diselewengkan daripada 1MDB sebanyak AS$4.5
bilion.
Pejabat
Perdana Menteri berkata saman terbaru itu “tuduhan yang tidak
dibuktikan” sementara Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata ia
tuntutan berulang dan pejabatnya masih belum diberikan bukti yang wang
itu diselewengkan daripada 1MDB
Sumber:TMI
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan