Soalan pedih Tuan Ibrahim untuk polis, SPRM

SUSULAN saman terkini terkini yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi mendapatkan semula berbilion ringgit yang didakwa dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membiayai gaya hidup mewah, Timbalan Presiden PAS mengetengahkan beberapa pemerhatian tentang polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan gabenor Bank Negara.

Kemampuan pasukan polis mengesan aktiviti pengganas di Malaysia dengan jayanya pastinya cukup layak untuk menyiasat aliran dana daripada entiti milik kerajaan, kata beliau.

Beliau hairan, dengan kejayaan SPRM memburu penjawat awam kerana rasuah, tidak kira betapa kecil jumlah itu, pastinya mampu membongkar semua penipuan dalam 1MDB.

Dan bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara dan gabenor Bank Negara yang sudah diperakui meluas?

"Keempat-empat pasukan ini semestinya lebih mampu daripada DoJ, tapi malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut," kata Tuan Ibrahim dalam satu catatan di Harakahdaily.net.

"Mengapa DoJ dapat menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan sebegitu teliti manakala siasatan 1MDB di dalam negara pula tidak menampakkan apa-apa hasil?
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan