Sangkal saman terkini DoJ, taktik kerajaan Najib untuk kelirukan rakyat

Oleh

ABAIKAN mesej dan beri tumpuan kepada merosakkan kredibiliti penyampai.
Strategi ini merumuskan pendekatan pentadbiran Najib Razak sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil ketiga dan mendedahkan penggunaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membeli barang kemas mahal, kapal layar, lukisan dan hartanah mewah.

Peguam dan ahli politik yang ditemuramah The Malaysian Insight terkejut dengan percubaan beberapa menteri untuk menyangkal kesahihan saman itu, walaupun dakwaan itu diperincikan dalam dokumen 251 halaman.

"Plaintif menyatakan pada perenggan pertama halaman pertama, ia adalah kerajaan Amerika Syarikat yang membawa aduan itu," kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Ambiga Sreenevasan.
Beliau berkata, walaupun bukti itu masih tidak terbukti, terdapat cukup bukti prima facie bagi mahkamah untuk memberikan DoJ hak untuk merampas harta.

DoJ sedang meneruskan tiga saman pelucuthakan untuk merampas harta, karya seni dan aset kewangan yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB dicuri.

Saman terkini mendakwa AS$540 juta digunakan untuk membeli antara lain, AS$165 juta kapal layar dan AS$27.3 kalung berlian untuk "isteri Malaysian Official No.1" (MO1).

Menteri Kabinet Abdul Rahman Dahlan sebelum ini mengesahkan MO1 adalah Najib. Bagaimanapun, perdana menteri menafikan sebarang salah laku.

Daripada terus mencabar saman, atau memulakan siasatan baru ke dalam dakwaan DoJ, menteri dan pembantu Najib sebaliknya:

* Menuntut identiti pengadu didedahkan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan);

* Mendakwa saman itu tidak mempunyai bukti (Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein);

* Menuduh pembangkang menggunakan DoJ untuk menjatuhkan pentadbiran Najib (Menteri Multimedia dan Komunikasi Mohd Salleh Said Keruak)

* Mendakwa saman itu mengandungi "dakwaan tidak terbukti" (Tengku Shariffudin, setiausaha akhbar kepada perdana menteri).

Peguam Haniff Khatri berkata kenyataan daripada kerajaan adalah bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Hanif berkata dalam sistem kehakiman AS, saman pelucuthakan adalah tindakan mahkamah jenayah yang dilancarkan apabila terdapat penyiasatan jenayah berterusan.

"Sekiranya saya membeli rumah dengan wang yang dicuri, saman pelucuthakan dilancarkan terlebih dahulu untuk merampas rumah saya supaya saya tidak menjual rumah itu sementara kes jenayah diambil ke atas saya," kata Hanif yang terlibat dalam beberapa saman berkaitan 1MDB.

Sekurang-kurangnya, perincian jumlah kekayaan dalam saman itu seharusnya mendorong pihak berkuasa Malaysia untuk membuka semula siasatan ke atas 1MDB yang diisytiharkan ditutup tahun lepas, kata Ambiga.

Peguam Negara Mohamed Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari 2016 selepas pasukan petugas peringkat tinggi menyelesaikan siasatannya 1MDB.
Apabila DoJ melancarkan saman ketiga pada 15 Jun, Apandi berkata ia masih tidak mempunyai bukti.

"Mengapa peguam negara bergegas mempertahankan perdana menteri berbanding rakyat dan aset kita," kata Ambiga.

"Terdapat bukti yang cukup untuk memulakan siasatan baru."

Ahli Parlimen Pandan dan pengkritik 1MDB Rafizi Ramli berkata matlamat utama pentadbiran Najib adalah membina naratif untuk orang awam kerana ia tidak dapat bertindak balas terhadap tuduhan itu.
Rahman sedang cuba mengadakan cerita yang pembangkang menjadi pihak bertanggungjawab di sebalik saman terbaru DoJ.

"Beliau berharap orang ramai akan menerima hujahnya yang kes ini melibatkan campur tangan asing, kisah yang dijaja oleh BN kerana tidak dapat menjawabnya (tuduhan saman)," kata Rafizi.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan