Oleh MUHAMMAD ARIF
ISMAIL
KOTA BHARU: Dijangka
lebih 100,000 umat Islam
berhimpun di sini pada
20 hingga 22 Julai ini bagi
mengikuti Ijtimak Antarabangsa
Perpaduan Ummah
Rantau Asia.
Ijtimak Kelantan 2017 itu
bertema Sejahtera Bersama
Islam dianjur kerajaan negeri
dan Kesatuan Ulama
Sedunia.
Tujuannya menghimpun
dan menyatukan ulama dan
pendakwah dari negara rantau
Asia, membincang isu
umat Islam serta mencari
formula bagi menggambarkan
Islam memperjuangkan
keamanan sejagat.
Timbalan Presiden PAS,
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, turut dibincang
krisis Asia Barat termasuk
Qatar. Selain itu isu Islamphobia
dan menjawab gambaran
negatif terhadap Islam.
“Ijtimak tersebut melibatkan
seramai 600 wakil
gerakan Islam dari 17 negara.
Dijangka lebih 100,000
umat Islam akan berhimpun
di Kota Bharu,” katanya
pada sidang media di sini
baru-baru ini.
Kelantan dipilih sebagai
lokasi keempat penganjuran
ijtimak terbabit. Tiga aktiviti
akan berlangsung serentak
sempena program berkenaan.
Antara lokasinya, Dataran
Stadium Sultan Muhammad
IV, Dewan Jubli Perak
Majlis Perbandaran Kota
Bharu Bandar Raya Islam
(MPKB-BRI) dan Kelantan
Trade Center (KTC).
Seminar Dakwah Antarabangsa
Rantau Asia diadakan
di Dewan Jubli Perak
MPKB BRI dan Nadwah Ulamak
Antarabangsa Rantau
Asia di KTC. Gerai pameran
serta gerai jualan diadakan
di Dataran Stadium.
Praperasmian ijtimak diadakan
di Dataran Stadium
pada 20 Julai jam 9 malam.
Perasmian penuh pula 21 Julai
jam 9 pagi di lokasi sama.
Manakala pidato perdana
Naib Presiden Kesatuan
Ulama Sedunia, Dato’
Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang dan pimpinan gerakan
Islam rantau Asia di
Stadium Sultan Muhammad
Ke-IV pada malam 22 Julai.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan