Oleh Arif Atan
Saya dan
ramai lagi rakyat yang mahukan wakil rakyat sama ada di sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bijaksana dan beramanah, mesti geleng
kepala melihat tahap kualiti perbahasan YB PAS semalam.
Dalam
persidangan ini, kita mahu juga melihat ADUN Pas serang habis-habisan
Husam biar Adun Salor itu letih bersilat hujah sebelum kita ramai-ramai
bersimpati dengan Husam yang seorang diri di dewan sidang.
Tapi,
'hasrat' itu tidak berlaku pula. Hairan, kan? Ingat. DUN Kelantan pada
masa ini menyaksikan PAS menguasai 31 daripada 45 iaitu 69 peratus
agihan keseluruhan kerusi. Selebihnya, Umno 12 kerusi manakala AMANAH
dan PKR masing-masing satu kerusi.
Adun PAS terbukti tidak
mampu berhujah apa lagi nak serang kembali Husam guna fakta. Auta saja
lebih. Tak habis-habis menyindir ketika merangkak mencari peluru.
Tidak hairanlah semasa saya di Harakah kalau dikerah membuat liputan
sidang Parlimen, saya nampak PAS lebih banyak menghantar 'pasu bunga
Islamik' ke sidang Parlimen sekaligus mencemari imej Islam yang
sepatutnya berjiwa jihad berani memperjuangkan kebenaran dan menentang
kejahatan.
Balik-balik asyik Ahli Parlimen Shah Alam, Sepang,
Kuala Terengganu, Parit Buntar, Kuala Krai dan Kota Raja. Temerloh
bangkit juga tapi kadang-kadang lebih baik dia tidak bangkit sebab
selalu saja mengundang senyum sinis kawan-kawan wartawan media Cina dan
bahasa Inggeris. Kalau Temerloh bahas panjang, saya perhatikan mereka
masa itulah makan, berbual tak pun menung berehat beberapa minit sebelum
sambung MP selepas itu! Faham, kan apa maksudnya itu :)
Kebetulan pula 'setandan' MP PAS bukan pasu bunga itu masuk AMANAH!
Memang meriah. MP yang tinggal terutama Pokok Sena walaupun nama
kawasannya spesies tumbuhan tapi tabik pada beliau sebab Dato' Mahfuz
bukan kategori pasu bunga - terus bercakap mewakili suara rakyat di
Parlimen!
Kembali pada kualiti hujah Pulai Chondong, cuba
lihat juga pada detik-detik terakhir, lancar pula dia bercakap apabila
'menjual' ayat al-Quran dan nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz:
"Dalam kita bawak ugama ni, banyak benda-benda yang menganggu. (diikuti
petikan ayat al-Quran) Jangan dok gerun cele'ei (tak tahu nak
eja..hahah) - celaan.."
Nampak? Tahu menyindir saja berpelurukan
ayat al-Quran sampai Husam spontan jawab jangan jadi macam kaset tidak
amalkan apa yang dibaca!
Saya yakin orang Pas pun malu sendiri dan rasa nak ganti saja YB Pulai Chondong itu.
Antara ayat yang dilontarkan Pulai Chondong (selepas ini: PAS) yang
condong boleh dianggap tidak tahu apa yang dia cakapkan lantas seperti
sengaja melengah-lengahkan masa persidangan:
"Bahasakan dengan jin"
"Saya ada fakta jugok. Sedang royak sekare"
"Saya lamo ngaji dengan Salor.." - Maaf, waktu ini dah dengar YB Pulai Chondong macam tukang karut dikir barat.
"Kito dengan bakal menteri besar"
Pertikaman lidah antara Husam dan PAS kemudiannya mendapat reaksi Kuala
Balah (BN), Datuk Abdul Aziz Derashid yang berharap jawapan pihak
kerajaan Pas biar "cerdik sikit. Dia (Pulai Chondong) pun ngaku dia
bodoh.
Kuala Balah juga sebut jangan perli Salor. "Jangan menghina sama-sama kita dalam dewan," katanya.
Kita kemudiannya boleh perhatikan selepas Kuala Balah bangkit, PAS
hilang punca beberapa saat sebelum Speaker kata masa sudah habis!
Seterusnya, apabila Husam menyerang meminta jawapan, PAS soal semula,
"Apa keperluan Datuk nak tahu?" sebelum seperti biasa menyindir tak
sudah, "Kalaulah kita bersamo Datuk, tak jadi lagu tu".
PAS terus dengan cakap main-main tak ubah macam ceramah kelompok parti depan orang kampung dalam surau.
"Ambo puas hati sebab kito berhadapan dengan ore besar, ore besar" (Dua kali sengaja dia tekankan 'orang besar' itu)
Pada masa sama, bagi kita yang "ore luar" iaitu bukan orang Kelantan,
kita cuba-cubalah belajar memahami bahasa dialek Kelantan :)
Kadang-kadang sibuk Melayu ini suruh Melayu lain berfikiran terbuka
belajar bahasa asing dan bahasa kaum lain tetapi loghat Melayu negeri
lain pun terkial-kial nak faham (Jangan marah, Heheh).
Sebenarnya, meneliti gaya ucapan PAS dan cara serangan Husam itu
sebenarnya menarik kalau anda ketepikan rungutan klise - "ah! orang
politik semua sama!" - satu seni pengucapan orang Melayu Kelantan. Dalam
hati membara tapi bahasa masih meliuk lentuk, hanya dizahirkan dalam
bahasa sindiran.
Mujur saya pernah diberi rezeki berkhidmat
dengan kerajaan Pusat dan ditempatkan di Kelantan.
Walaupun dua tahun di
Tanah Merah, cara YB Pulai Chondong berucap dan menyerang dengan
sindiran itu satu ciri yang lazim saya temui di sana. Saya sendiri
selalu kena sampai peringkat saya pasakkan di fikiran saya ketika itu,
tidak semua pujian benar-benar bermaksud pujian!
Terutama ketika
'berdebat' dengan pegawai jabatan kerajaan lain berhubung apa yang saya
anggap penyelewengan dana awam, pegawai yang merupakan orang tempatan
'bahasakan' saya dengan seni bercakap yang bagi saya sukar nak jumpa di
tempat lain. Paling saya ingat ketika berlawan hujah dengan Pegawai
Pejabat Penerangan yang lagi beberapa tahun nak pencen. Dia punya cara
hendak menegakkan benang basah macam cara YB Pulai Chondong, itulah!
Hehehe..
Rakyat Malaysia - orang Cina dan India pun suka tak
suka dengan orang Kelantan (akibat pelbagai persepsi termasuk konon
kenegerian dan lain-lain) mesti belajar memahami dan menghormati sistem
nilai orang Kelantan yang bukan saja sedikit berbeza dengan orang
Terengganu apa lagi Melayu di sebelah Pantai Barat. Orang Kedah dan
Perak contohnya yang menzahirkan kemarahan mereka secara lebih terbuka.
Gaya bercakap Husam di sidang dewan ini adunan nilai budaya Kelantan
ditambah dengan nilai profesional yang universal walaupun ada beberapa
ketika beliau ketara bernada keras ketika lawan sudah 'ting tong' benar
kekeringan hujah untuk membidas. Pendek kata, Datuk Husam 'attack
kaw-kaw' cakap orang Key El :D
Apa impak daripada kualiti Adun PAS yang lemah ini? Tidak mustahil
kerajaan negeri yang dikuasai PAS selama 30 tahun akan tumbang dan
Kelantan bakal menjadi lebih baik dan sejahtera hendaknya di bawah
kepimpinan Datuk Husam Musa. Insya-Allah. Mari kita doakan buat sahabat
saudara sebangsa seagama di Kelantan.
Dengan deretan pelbagai
isu daripada kemusnahan hutan berskala raksasa, penindasan terhadap
Orang Asli, pengurusan sampah, isu rampasan kampung tradisi selain
banyak lagi kepincangan urus tadbir yang tak selari dengan kononnya
Membangun Bersama Islam:
Majoriti rakyat Kelantan yang secara
peribadi bagi saya, jenis Melayu 'rebel' sebab terbukti selama ini
berani tampil berbeza berbanding Melayu negeri lain tentunya tidak
teragak-agak untuk mengucapkan Selamat Hari Raya eh selamat tinggal
kepada PAS di peti undi PRU-14 nanti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan