KUALA LUMPUR: Kelantangan Penasihat
DAP, Lim Kit Siang memperjuangkan
isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan
juga olehnya terhadap
dakwaan rasuah sebanyak USD5
juta yang dilakukan Pengerusi Bersatu,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Tun Daim Zainuddin kepada Clinton
Foundation untuk campur tangan
dalam isu 1MDB.
Menurut Ketua Penerangan Dewan
Pemuda PAS Malaysia, Ustaz
Hishamudin Abdul Karim, ia sebagaimana
rahsia yang ‘dibocorkan’
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman.
“Kit Siang tidak perlu terus berhelah
dan berdolak dalih serta
mengelak dengan membesarkan
isu lain sedangkan perkara itu amat
serius yang secara nyata mengundang
campur tangan asing. Malah
anaknya, Lim Guan Eng juga seakan
membayangkan DAP tidak bermasalah
sekalipun wujud tindakan
ketenteraan ke atas
negara ini. Apakah anda sebagai
Ahli Parlimen Malaysia rela dengan
campur tangan seperti itu?,”
tegas beliau dalam satu kenyataan
4 Julai lalu.
Kata Ustaz Hishamuddin, Kit
Siang kini dilihat dalam dilema kerana
Mahathir yang pernah menjadi
musuh ketatnya dahulu, tetapi kini
adalah sekutu akrabnya untuk menerajui
dan melayari bahtera Pakatan
Harapan (PH).
Malah kata beliau, Kit Siang
seakan terkedu apabila hanya mendiamkan
diri berhubung skandal
matawang asing (forex) yang berlaku
pada tahun 1992 atas Bank Negara
Malaysia, sedangkan ketika itu beliau
paling menyinga untuk mendakwa
Mahathir.
“Isu itu belum selesai hingga
20 tahun selepas itupun iaitu pada
tahun 2012 lalu, Kit Siang masih
mengulangi penegasannya untuk
siasatan tetap diadakan. Tiba-tiba
sekarang beliau bukan sahaja seperti
telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah
sering dilihat bersama termasuk
merancang pembahagian kedudukan
Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri andai PH berkuasa
memerintah.
“Bahkan terdahulu, langsung
tidak menyatakan sikap terhadap
skandal rasuah yang membabitkan
Guan Eng,” tegasnya lagi.
Bagi beliau, mungkin kerana Kit
Siang juga sepakat untuk melihat
campur tangan asing semata-mata
halobanya menguasai pemerintahan,
maka dia merestui tindakan
kleptokrasi Mahathir dan kecenderungan
anaknya Guan Eng berkait
tindakan ketenteraan itu.
“Jika demikian, sikapnya tersebut
adalah tidak setia dan pengkhianatan
kepada negara di mana kecurangan
ini perlu diberi perhatian serius
oleh rakyat dan pihak berkuasa negara,”
tegasnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan