SELEPAS menyatakan kesediaan dicalonkan
sebagai menteri besar Pakatan
Harapan (PH) di Kelantan, Naib Presiden
Parti Amanah Negara (PAN), Dato’
Husam Musa menyambut pula cadangan
sebuah syarikat mahu menyamannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Climate Protectors
Sdn Bhd, Tang Too Siah mempertimbangkan
untuk menyaman Husam
ekoran kenyataan yang dikeluarkan terhadap
syarikat miliknya itu.
Climate Protector pada Januari lepas
menandatangani memorandum perjanjian
(MOA) dengan kerajaan Kelantan
bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan
hutan seluas satu juta ekar.
Justeru ramai melihat langkah itu
dibuat sebagai misi menyelamat selepas
kenyataannya sebagai calon menteri besar
PH tidak mendapat restu PAN pusat.
Sebelum ini tindakan Lim Kit Siang
menyebut Husam sebagai bakal menteri
besar Kelantan yang dilihat strategi pre
emptive itu secara langsung telah menimbulkan
konflik dalam PAN selain
Lim Kit Siang telah memperlihatkan
sikapnya langsung tidak peka dengan
sensitiviti dalam PAN atau PH itu sendiri.
Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub
dalam reaksi awalnya menyifatkan pengisytiharan
Lim Kit Siang, Husam sebagai calon
menteri besar Kelantan hanya pandangan
peribadi sahaja.
Lebih dari itu, tindakan Adun Salor terbabit
dikatakan telah melukakan pemimpin
PKR Kelantan yang menganggap Husam
telah mengenepikan mereka begitu sahaja
dalam soal menamakan menteri besar PH.
Polemik dalaman PAN itu menambah lagi
kecamuk ketika isu calon perdana menteri
Pakatan Harapan (PH) menjadi rebutan PKR,
PPBM dan DAP.
Ulasan seorang veteran PAS Kelatan Abdul
Fatah Harun agak menarik apabila melihat
kesungguhan Adun Salor sehingga terpaksa
mengadakan sidang media bagi menyatakan
kesanggupan dicalon menteri besar Kelantan
seumpama menambahkan lagi parah PH.
Katanya, pemimpin terbabit dianggap gagal
melihat kenyataan Kit Siang dalam konteks
sebenar sehingga Husam serta merta
menyambutnya.
“Sepatutnya beliau malu kerana respon
awal diberi pemimpin DAP secara spontan
dan bukan dilihat serius.
“Itu belum lagi ditengok sokongan di peringkat
akar umbi PAN di Kelantan. Lagi pun
jawatan menteri besar ditentukan pengundi
dan bukan pemimpin tertentu,” katanya.
Abdul Fatah yang juga Yang Dipertua PAS
Rantau Panjang berkata banyak kenyataan
dibuat penasihat PAN Kelantan boleh mencalar
imej parti itu sendiri.
Seorang lagi pimpinan PAS Kelantan,
Zulkifli pula berkata, sepatutnya Naib Presiden
PAN itu menyebut di kerusi mana yang
akan beliau tandingi di Kelantan sebelum
bersetuju dicalon sebagai menteri besar
menunggu.
“Kalau kerusi pun belum ada ini tentunya
akan ditertawakan orang ramai. Namun saya
melihat beliau akan memilih kerusi selamat
di luar Kelantan bagi menyambung hayat
politiknya.
“Ini kerana PAN mengharapkan kawasan
campuran kerana sejarah pengundi Melayu
sejak merdeka hanya ada dua pilihan iaitu
PAS atau Umno,” katanya yang juga Adun
Pulai Chondong.
Selain itu Adun Chempaka, Ustaz Ahmad
Fathan Mahmood pula percaya pemimpin
PAN dilihat sengaja mencipta pelbagai isu
bagi menyambung hayat politiknya.
Katanya, banyak isu yang berlingkar di
Kelantan cuba dijuarai PAN termasuk
sekatan laluan balak oleh sekumpulan
penduduk Orang Asli di Gua Musang akhir
tahun.
“Baru-baru ini pemimpin itu mendesak
PAS menamakan pula menteri besar baharu
pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Ini
agak pelik kerana menteri besar sekarang
masih ada.
“Tindak tanduk pemimpin terbabit seperti
mahu mencipta seramai mungkin
musuh biar pun dia mendakwa berjuang
bagi pihak rakyat,” ujarnya.
Nampaknya isu demi isu yang melingkari
parti serpihan itu semakin menjelaskan
wajah sebenar mereka yang hanya
bertujuan melemah atau menjatuhkan
PAS bukannya mahu mengantikan Umno-
Barisan Nasional seperti yang mereka uaruarkan.
Hanya di Kelantan mereka cuba berlagak
menjadi hero kononya untuk membela
rakyat sedangkan dinegeri-negeri lain
yang masih dikuasai Umno keberadaan
mereka seperti hidup segan mati tak mahu.-Editorial Harakah
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan