Oleh Zin Mahmud
Diari. Restoran Takbir Maju. Saujana Puchong. Selasa.
"Kami dah tengok Dunkirk, best," kata si adik.
"Bila?" kataku.
"Khamis lepas, hari itu abang kan off,"katanya.
"Abah mesti suka. Sebab teknik dia macam filem filem Sundance. Nolan pandai buat filem," kata si abang.
"Tengok kat mana?" tanyaku.
" IOI City Mall, abah nak tengok?" tanya si abang.
"Abah tak larat nak tengok kat panggung. Nanti tunggulah masuk tv," kataku.
"Lain. Filem dibuat untuk panggung bukan tv." kata si abang..
"Betul. Entah entah nanti abah tengok kat handphone je," kataku.
"Kalaulah Jerman menang dulu, kita semua cakap Jerman," kata si abang.
"Tak. Kita cakap Jepun. Asia Timur dapat kat Jepun," kataku.
"Bestlah kalau kita jadi Jepun. Kita akan rajin kerja, disiplin, bersih, kemas, pandai buat komik," kata si adik.
"Jepun kejam. Itu masalahnya. Jepun dan Jerman kejam. Kalau tak kejam mereka boleh menang," kataku.
"Masa Dunkirk tu, Amerika tak nak masuk perang. Hitler boleh tawan Britain," kata si abang.
"Kalau Jepun tak serang Pearl Harbour, Amerika tak masuk," kata si adik.
"Silap Hitler dia buat dua medan perang. Satu lawan Britain, satu lawan
Soviet. Sedangkan masa awal tu dia dah buat perjanjian dengan
Stalin,"kataku.
"Hitler over confident,"kata si abang.
"Jerman
masa tu memang paling kuat. Hitler tak dengar cakap jeneral dia dalam
hal perang. Dia sendiri bukannya pakar perang," kataku.
"Churchill
pun tak dengar cakap jeneral. Ikutkan jeneral, dia nak tinggalkan saja
beribu ribu askar British kat Dunkirk. Tapi Churchill suruh bawa balik
sebanyak mungkin," kata si abang.
"Churchill ahli politik. Dia mesti
fikir kepentingan awam juga. Tapi Hitler bertindak macam dia jeneral,
kejam. Itu yang tak seimbang," kataku.
"Perang dahsyat. Macam mana boleh manusia begitu kejam," kata si adik.
"Seboleh bolehnya elak perang. Kurangkan musuh. Tapi manusia ulang buat
kesilapan sejarah. Kita kena fokus. Bukak satu saja medan perang. Kalau
ada dua medan perang, tak terjangkau. Dalam politik pilihan raya kena
macam itu juga. Jangan berlawan banyak pihak. Kena satu lawan satu,"
kataku.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan