Kenapa KJ takut Mahathir, Anwar?

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad 

 Serangan berterusan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohammad membuktikan Umno-Barisan Nasional dalam ketakutan.

Persefahaman yang dicapai oleh Pakatan Harapan menerusi gandingan Anwar dan Dr Mahathir melambangkan komitmen mereka untuk menyelamatkan Malaysia dan memberi harapan baru kepada negara.

Ketika rakyat dibebankan dengan ekonomi yang bermasalah, institusi-institusi negara punah dan rasuah berleluasa, penyatuan ini amat bermakna.

Sejarah membuktikan perubahan baru dicapai apabila tokoh-tokoh negara meletakkan perbezaan ke tepi dan mengutamakan kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menolak sesiapa yang sanggup menerima agenda reformasi dan perubahan ke arah kebaikan untuk rakyat.

Yang pastinya, obsesi Khairy terhadap Anwar-Dr Mahathir menunjukkan beliau dan rakan-rakan pemimpin Umno-BN berada dalam ketakutan. Mereka takut kerana tahu rekonsiliasi selepas hampir dua dekad ini akan menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika gandingan Anwar-Dr Mahathir memberi harapan kepada negara, Datuk Seri Najib Razak dan orang kanannya yang paling setia Khairy pula melambangkan kerosakan yang dialami negara dan beban yang ditanggung oleh rakyat.

* Nik Nazmi Nik Ahmad ketua Angkatan Muda PKR
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan