PM, lapang dada dengan Sarawak

Oleh Anwar Ibrahim

Kerajaan negeri Sarawak telah menetapkan untuk meneliti semula Perjanjian Malaysia 1963 dan menubuhkan syarikat minyak Petras. Keputusan tersebut berpunca daripada persepsi meluas di kalangan rakyat Sarawak bahawa kerajaan Barisan Nasional persekutuan telah mengabaikan kepentingan rakyat Sarawak.

Ia juga membuktikan bahawa langkah tergesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN untuk menangani masalah tersebut pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah gagal.

Pemerintahan BN ketika itu hanya bertahan dengan sokongan padu daripada pengundi Sarawak dan Sabah.

Penubuhan syarikat minyak milik negeri dialu-alukan untuk menjana pertumbuhan dalaman dan memberi pendedahan kepada anak negeri. Hal tersebut telah saya suarakan sejak 2010 dan menggesa Petronas memberi ruang kepada syarikat negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Namun usul meneliti semula Perjanjian Malaysia memprihatinkan. Dan untuk merujuk syarikat guaman United Kingdom membayangkan bahawa kerajaan negeri kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negeri untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.

Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri terutama Sarawak dan Sabah.
Saya menggesa Datuk Seri Najib untuk segera bertindak dan berlapang dada mengkaji punca kegelisahan dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963.

Ternyata tindakan beliau dan kerajaan BN selama ini memberikan peruntukan dan perhatian sekadarnya gagal mengawal keadaan. Hak negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terutama Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian serius dan segera.

* Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua umum PKR dan bekas timbalan perdana menteri
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan