KENYATAAN penasihat DAP Lim Kit Siang yang mencalonkan Penasihat
Amanah Kelantan Husam Musa sebagai menteri besar negeri itu selepas
PRU14 hanyalah cadangan peribadinya, kata Timbalan Presiden Amanah
Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata terdapat ramai calon dalam kalangan parti itu yang layak untuk dinamakan sebagai menteri besar Kelantan.
"Kalau sesiapa hendak menamakan (calon MB Kelantan), itu hak individu masing-masing dan kita tidak terikat dengan pandangan itu.
"Amanah mengambil pendirian berusaha sebaik mungkin menjalankan
tanggungjawab kita kepada parti, kepada Pakatan Harapan (PH) dan
rakyat,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Husam yang juga Adun Salor calon yang layak
menjadi menteri besar negeri serambi Mekah itu, Salahuddin enggan
mengulas tetapi menjawab ramai yang layak untuk jawatan berkenaan.
"Ramai yang layak. Kita ada satu kumpulan kepimpinan yang ada pada
hari ini. Jadi yang penting kita tidak menonjolkan diri, kita bekerja
untuk rakyat dulu," katanya
0 comments:
Catat Ulasan