Memerintah dengan agama VS memerintah dengan mempergunakan agama

Oleh Ridzwan bin Abu Bakar

1. Sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia, Parti Amanah Negara berhasrat untuk turut bersama membina negara ini dengan menjadi sebahagian dari pemerintah. Hasrat itu bukan satu keaiban, bahkan ia mengambarkan kejelasan matlamat parti.

2. Kalau diberikan keizinan untuk memerintah, apa bentuk negara yang nak dibangunkan oleh Parti Amanah ?, AMANAH akan berusaha untuk membina sebuah *negara madani yang dibangun berasaskan kepada maqasid syariah* dan mengekalkan identiti MALAYSIA, AMANAH akan realistik dan menerima hakikat kepelbagaian yang ada di Malaysia hari ini tanpa kompromi, kita semua adalah warganegara Malaysia dan kita akan bersama membina negara ini.

3. AMANAH ingin berkongsi memerintah dengan prinsip maqasid syariah?, ertinya AMANAH ingin memerintah dengan panduan agama?, ya ! Tanpa pedoman agama manusia akan celaru.

4. Memerintah dengan agama, bagaimana? Amanah ingin menerapkan unsur unsur keadilan sosial, urustadbir yang baik, jujur, berintegriti, menghormati karamah (digniti) insan, kedaulatan undang undang dihormati, pengagihan kekayaan secara saksama dan hak sesama warganegara dijunjung secara bersama. Itulah panduan umum agama dalam bernegara.

5. Kalau begitu apa bezanya AMANAH dengan Pas dan Umno? Bezanya AMANAH ingin memerintah dengan 'mengunakan' pedoman agama, sedangkan ada pihak lain yang telah memerintah dengan 'mempergunakan' agama. Agama 'dipergunakan' seenaknya, bukan 'mengunakan' pedoman agama dalam mentadbir.

6. Apa buktinya mereka 'mempergunakan' agama? Jangan tuduh tanpa bukti, itu zalim namanya. Ya, di sini diberikan beberapa contoh 'mempergunakan' agama.

a. Haji adalah kefardhuan agama kepada mereka yang mampu, suruhan ini bukan ditujukan kepada pemerintah, tetapi dituju kepada setiap muslim mukallaf dan mempunyai kemampuan keewangan, kesehatan dan keselamatan untuk melaksanakannya. Sebagai pemerintah, seharusnya berfikir dan mencari solusi untuk memudahkan urusan rakyatnya menunaikan haji tanpa dibebani dengan bebanan yang berat. Tahniah kepada Ungku Aziz yang mencetuskan penubuhan Tabung Haji.

Apabila agama dipergunakan dalam urusan haji, maka kita lihat kerajaan pulun untuk membuktikan keislamannya dengan menghantar jamaah menunaikan haji dengan mengunakan dana kerajaan (bahkan digunakan dari sumber syubhah 1MDB). Kerajaan tidak melaksanakan kerjanya, bahkan melaksanakan kerja kerja menaikkan imej mereka dengan mempergunakan agama.

b. Korban adalah tuntutan sunat muakkad kepada mereka yang berkemampuan, korban bukan tuntutan kepada Kerajaan.

Kalau kerajaan nak bantu untuk meningkatkan syiar korban, kerajaan boleh memikirkan untuk melancarkan kempen kesedaran korban, dan menggalakkan korban kerana dalam korban itu terdapat unsur interaksi sesama insan tanpa kasta.

Hari ini, korban turut disertai oleh kerajaan, apa tujuan kerajaan ? Tidak lain melainkan boleh difahami bahawa mereka 'mempergunakan' agama untuk menaikkan imej mereka.

c. "Ibrah diambil dari isi kandungan, bukan dari nama (jenama)", ini adalah kaedah umum dalam memahami manfaat dari sesuatu projek yang dilancarkan atas nama agama. Yang penting adalah ISI, bukan sekadar nama, yang penting adalah objektif syariah dapat dilaksanakan, bukan sekadar gah di atas nama Islam.

Hari ini, banyak program dan projek disandarkan kepada nama ISLAM, namun hakikatnya projek tersebut dilihat hanya 'mempergunakan' Islam, ambil contoh ; Bandaraya ISLAM (semoga Allah memberikan ganjaran setimpal kepada Al Marhum Tok Guru Nik Aziz yang mencetuskan idea ini dan telah berusaha untuk mengisinya sebaik mungkin), namanya Bandaraya Islam, tetapi isinya tidak mengambarkan Islam; bagaimana tahap kebersihan, kecekapan pentadbiran, layanan kepada para dhuafa' dan segala macam unsur perhubungan sesama insan, APAKAH IA MENCAPAI PIAWAIAN ISLAM?

Demikian juga program program keagamaan seperti forum, ceramah perdana dan sebagainya. Apakah ia mencapai maqasid? Atau hanya menjadi medan untuk event manager dan para selebriti dakwah mencari rezeki?

BANYAK LAGI CONTOH CONTOH 'MEMPERGUNAKAN' AGAMA YANG BERLAKU. (SEMOGA ADA KESEMPATAN LAIN UNTUK KITA BERMUHASABAH).

7. Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti 'tajdid' akan menyumbang kearah pembinaan negara Malaysia dengan 'mengunakan' pedoman agama, InsyaAllah. Semoga Allah menyelamatkan parti ini dan pimpinannya dari 'mempergunakan' agama semasa meraih sokongan rakyat dan ketika diberikan ruang untuk berkongsi memerintah negara ini, amin.

Ridzwan bin Abu Bakar
Pengarah Komunikasi Negeri Kedah
Parti Amanah Negara
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan