Oleh SYED AHMAD FADHLI
BARU-baru
ini, Lim Kit Siang datang berkunjung ke Majlis Hari Raya PAN peringkat
Nasional di Kota Bharu, Kelantan. Dalam majlis tersebut dengan
bangganya dia mengisytiharkan Husam Musa sebagai calon MB Kelantan yang
baru.
Dalam keadaan DAP tidak bertanding walau 1 kerusi pun di
Kelantan, ia berkuasa untuk menentukan siapa calon MB Kelantan. Hebat
kan DAP.?
Dengan pengisytiharan tersebut ia bagaikan menjadi
bukti nyata terang lagi bersuluh bahawa PAN hanyalah alat DAP yang
perlu tunduk, taat dan patuh kepada tuan kesayangannya.
Apabila PAS
memberi reaksi balas terhadap pengisytiharan oleh DAP itu, bangkit pula
YB Hanipa Maidin, peguam tersohor PAN membela Lim Kit Siang yang
diserang oleh PAS.
Lihat sahaja deretan status Facebook YB
Hanipa, kita pun terkeliru, adakah benar dia masih bergelar seorang
peguam dan ahli Parlimen Sepang atau sudah mengubah kerjaya sebagai
Cyber Trooper PAN.?
Bertalu serangan murahan dia lancarkan terhadap PAS khususnya Tuan Guru Presiden PAS.
Yang lawaknya, nama FB pun dia masih menggunakan nama PAS iaitu "Peguam PAS- Dulu".
PAN
terpaksa melaksanakan "control damage" terhadap pengisytiharan DAP
itu. Tokoh penglipur lara PAN Kelantan, Cikgu Wan Rahim berkata
kenyataan Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi sahaja.
Semalam,
Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PAN turut mengulangi skrip sama,
pengisytiharan oleh Lim Kit Siang itu hanyalah pandangan peribadi
sahaja.
Hari ini, calon MB idaman DAP, Husam Musa pula mengadakan
sidang media di KL. Husam menyatakan kesediaannya menjadi calon
sementara MB Kelantan.
Lawak betul.. Ini dah macam kisah drama Pakatan Harapan yang berbalah dalam menentukan siapa calon PM ke-7?
Tun Mahathir sedia jadi PM lagi, Anwar sedia berundur , Wan Azizah pula sedia jadi PM sementara.
Mereka lebih kalut berebut ghanimah jawatan yang belum tentu dapat.
Silap
gaya, Husam Musa akan mengikut jejak langkah Datuk Dr Awang Adek
Hussain, 'bekas calon MB Kelantan' yang diisytiharkan oleh UMNO pada
Pilihan Raya Umum tahun 2008 dulu. Bukan sahaja dia gagal bergelar MB,
bahkan dia kalah di kedua-dua kerusi DUN Perupok dan Parlimen Bachok
yang ditandinginya.
Melihatkan kesungguhan Pakatan Harapan mahu
menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan ini membuatkan kita berfikir.
Sebenarnya PH mahu melawan PAS atau melawan UMNO-BN.? Di mulut mereka
saban hari berkata mahu menjatuhkan Kerajaan pimpinan PM Najib tetapi
hakikatnya PH lah yang membantu UMNO untuk menang di Kelantan.
Mengapa
tidak pula kedengaran Pakatan Harapan mengumumkan calon MB PH di
Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan
Perlis.?
Bukankah kesemua negeri tersebut sedang ditadbir oleh UMNO-BN?
Apakah PH mampu memberi jaminan bahawa Pulau Pinang dan Selangor akan kekal di bawah penguasaan mereka pada PRU 14 nanti.?
Kepada
Lim Kit Siang, saya petik kembali baris terakhir Analisis The Star
hari ini yang ditulis oleh Kolumnis Joceline Tan, "Lim’s dream of
spending the next Hari Raya with Husam as the Mentri Besar is likely to
remain a dream."
Dalam keghairahan PH untuk menawan Putrajaya dan
Kelantan, mungkin mereka terlupa kata pepatah Melayu, "yang dikejar tak
dapat, yang dikendong keciciran."
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan