Lim Kit Siang yang dikenali sebagai pemimpin unggul DAP mencadangkan agar ditubuh RCI -- suruhanjaya di raja untuk siasat kematian Beng Hock sekiranya Harapan berjaya membentuk kerajaan Malaysia nanti.
Katanya cadangan itu perlu dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas
Harapan memerintah. Perkara itu sama penting dengan isu GST, 1MDB atau
pun PTPTN yang diperjuangkan Harapan.
Beng Hock adalah bekas pegawai kepada Exco Selangor yang ditahan SPRM untuk disoal siasat dijumpa mati kerana terjatuh dari pejabat SPRM di Shah Alam.
Maaf, saya rasa Harapan tidak perlu melayan cadangan Lim Kit Siang itu. Walaupun kematian Beng Hock perlu dibela kerana ada kesangsian mengenai kematiannya, tetapi dengan menjadikan agenda 100 hari Harapan memerintah untuk menubuhkan RCI tidak begitu tepat.
Walaupun kes menimpa Bang Hock itu kes kemanusiaan yang melewati sempadan ideologi politik tetapi kes ini mudah akan di"selet" (dikaitan) dengan Harapan sebagai parti yang menjadi alat kepada kepentingan DAP (baca Cina) untuk memperjuangkan bangsa. Kebetulan Bang Hock berbangsa Cina.
Kalau pun Kit Siang sangat terrasa dengan kes itu tetapi tidak perlu ia diletakkan diurutan pertama sebagai agenda yang dituntut kepada Harapan.
Janganlah belum apa-apa Harapan sudah dituduh parti memperjuangkan kemanusiaan berdasarkan bangsa. Ingat UBN sedang mencari racun berbiasa untuk membunuh Harapan yang baru dibentuk itu. Cadangan Kit Siang itu bagi saya merupakan racun. Trims.

0 comments:
Catat Ulasan