Oleh Jamzuri Ardani
Jika PAS sokong Hamzah, hubungan PAS dengan Bersatu akan berakhir kerana Hamzah sudah isytihar dia adalah musuh nombor satu Presiden Bersatu. PN akan menemui noktah politiknya.
Tapi, Azmin juga punya hubungan yang rapat dengan Hishamuddin dan blok Hishamuddin masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno. Tidak mustahil akan berlaku jajaran politik baharu di situ. Ini bermakna blok politik Melayu kekal berpecah.
Jika PAS tidak sokong Hamzah, Umno yang akan sambut Hamzah. Berlaku pula pertembungan Umno + Hamzah vs PAS + Bersatu. Ini akan lebih menyukarkan usaha menggabungkan PAS dan Umno yang memang sudah sedia rumit.
Jika Hamzah bersama PAS, dia tidak akan jadi macam Anuar Musa dan Shahidan Kasim. Hamzah mahu jadi calon PM. Sama macam Azmin masuk Bersatu dulu. Dia mahu jadi Timbalan Presiden dan kemudian calon PM. Bila itu tidak tercapai, maka berlakulah apa yang berlaku pada Bersatu hari ini.
Mungkinkah Hamzah akan jadi calon PM dari parti PAS? Saya tidak fikir ahli-ahli dan pimpinan PAS akan bersetuju dengan mudah. Ini berpotensi memecahkan PAS pula. Sama seperti kemasukan kem Azmin dalam Bersatu dulu memecahkan Bersatu hari ini.
Politik itu penuh dengan persoalan 'JIKA'. Setiap 'jika' itu punya konsekuen tersendiri.

0 comments:
Catat Ulasan