Oleh Amni Jagat
Kenyataan menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang
menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan di
negeri itu selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang menggambarkan
kegusaran Umno-BN terhadap ‘tsunami Melayu’ di negeri tersebut.
Bekas Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Gudang Ahmad Daud berkata, bagi
menolak hasil tinjauan Invoke Malaysia (Invoke) itu, Umno Johor telah
melakukan tinjauan melalui Umno cawangan.
“(Setiap) cawangan (Umno) diberi RM1,000 untuk mendapatkan maklum
balas daripada responden. Seorang ahli cawangan akan mendapatkan maklum
balas daripada 30 orang,” ujar Ahmad.
Beliau bagaimanapun meragui dapatan tinjauan daripada Umno cawangan
kerana besar kemungkinan pemimpin-pemimpin Umno cawangan akan memberikan
maklumat kurang tepat bagi ‘menjaga hati’ pemimpin Umno negeri.
“Ahli Umno sendiri hari ini sudah ramai yang berpaling tadah
menyokong PH. Penafian boleh dibuat oleh Khaled namun hakikatnya adalah
pada PRU14 akan datang,” ujar Ahmad.
Menurut beliau, jika Khaled tidak yakin dengan faktor ‘tsunami
Melayu’ seperti hasil kajian Invoke, mengapakah Umno-BN memberikan
tumpuan kepada 20 parlimen majoriti Melayu dalam kajian mereka?
“Ini menggambarkan kajian yang dilakukan Invoke adalah jelas dan
bukan dusta,” kata Ahmad dalam forum ‘Tsunami Politik Melayu Johor.
Realiti @Fantasi’ anjuran Media Oren Johor.
Forum itu boleh diikuti secara langsung di Facebook AMANAH Negeri Johor.
Selain Ahmad, forum untuk turut menampilkan Naib Pengerusi AMANAH Johor Suhaizan Kaiat.
Suhaizan dalam forum yang sama menjelaskan PH hanya perlu menang
sepuluh lagi kerusi Dun dan mengekalkan kerusi Dun yang dimenangi pada
PRU lalu untuk mengambil alih pentadbiran negeri.
Beliau turut meragui kredibiliti tinjauan yang dilakukan Umno-BN
menerusi Umno cawangan kerana sudah pasti para pemimpin akar umbi Umno
akan memberikan maklumat yang menyenangkan hati pemimpin negeri bagi
menjaga kepentingan politik mereka.
“Mereka memikirkan peruntukan dan projek, akhirnya memberikan maklumat tidak benar kepada MB Johor.
“Dapatan kajian lapangan daripada cawangan Umno sangat diragui… Umno
Johor sudah tidak lagi mampu menahan ‘tsunami politik’ orang Melayu
Johor,” ujar Suhaizan.
Khaled yang juga pengerusi BN Johor 11 Mac lalu menganggap hasil
kajian dijalankan Invoke sebagai tidak masuk akal kerana metodologi yang
digunakan untuk mengukur sokongan pengundi di beberapa negeri didakwa
tidak tepat.
Beliau berkata, BN Johor juga menjalankan kajian sikap sejak dua
tahun kebelakangan ini dan percaya hasil yang diperoleh akan memberi
kejutan kepada Pengasas Invoke, Rafizi Ramli, mengenai sokongan sebenar
pengundi di negeri ini.
Beliau berkata, kaedah kajian sikap yang digunakan BN negeri ini
lebih tepat dan terperinci yang mana soal selidik lebih menyeluruh
dilakukan terhadap seorang responden bagi nisbah 30 penduduk.
“Metodologi Rafizi dalam kajian itu tidak tepat. BN khususnya Umno
menjalankan kajian sikap menggunakan satu orang untuk kaji selidik 30
penduduk.
“Mereka diberikan soalan yang tepat dan jelas sama ada menyokong BN
atau tidak dan bukan sekali tetapi tiga, empat kali dalam dua tahun
kebelakangan ini kita sudah lakukan.
“Kita akan beri kejutan kepada Rafizi,” katanya ketika sidang media
selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Pentadbiran Baru Daerah
Kulai, 11 Mac lalu.
Sebelum ini, Rafizi mengumumkan hasil kajian Invoke bahawa PH mampu
memenangi PRU14 di lima negeri termasuk Kedah, Perak dan Johor selain
mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.
Malah, kaji selidik itu turut mendapati Pas gagal memenangi kerusi Parlimen pada PRU-14, selain Kelantan akan dimenangi BN
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan