Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. "Ust..., kalau Amanah tidak tertubuh, kami semua akan masuk DAP dan dewan ini akan jadi surau DAP." Kata seorang AJK dewan ini kepada saya lebih setahun yg lalu. Ungkapan itu terucap selepas Amanah berjaya menubuhkan cawangannya di sini.
2. Bendera Pas pernah berkibar di sini kerana dewan ini pernah menjadi pusat aktiviti cawangan parti itu. Ketika itu, semua AJK yg mengurus dewan ini adalah ahli dan aktivis Pas setempat.
3. Namun begitu, apabila Pas semakin intim dgn Umno, cawangan Pas di
sini mati tanpa nisan apabila semua AJKnya menyertai Amanah. Dewan ini
dijenamakan semula dan kini menjadi pusat aktiviti Amanah pula.
4. Antara aktiviti tetap yg berlangsung di dewan ini kini ialah, Kuliah Wanita pada setiap hari Jumaat jam 3.00 petang, dan Kuliah Fiqh setiap hari Rabu selepas maghrib kendalian saya sendiri.
5. Pada 30 Julai akan datang, jam 9 pagi, Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Padang Besar kali Ke 2 akan berlangsung di sini. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh Ahmad Awang (Ust), Penasihat Umum Amanah.
6. Paling saya kagum dgn ahli-ahli Amanah cawangan ini ialah, apabila mereka pernah berkata kepada saya, "Selepas ini, kalau Amanah pun gelong, kami keluar Amanah pula."

0 comments:
Catat Ulasan