Oleh Dr. Kamarul Yusoff
Semalam, 17 Ogos, Naib Presiden merangkap Timbalan Naib Canselor
(Pentadbiran, Perancangan & Jaringan Global) UNISEL, Prof Dr Mohd
Nor Nawawi, mendedahkan bahawa AMANAH hanya mempunyai kira-kira 1%
sokongan.
Kata Prof Dr Mohd Nor, orang-orang Melayu masih belum tertarik kepada
AMANAH dan dapatan-dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE),
sebuah badan pemikir di bawah Kerajaan Negeri Selangor, mengenainya
adalah konsisten.
Tidak dinafikan bahawa hampir semua Ahli Lembaga Pengarah IDE adalah
terdiri daripada bekas pemimpin atau aktivis ABIM, iaitu Dato’ Dr Siddiq
Fadzil (bekas Presiden ABIM) sebagai Pengerusi, Prof Dato' Dr Mohammad
Redzuan Othman (bekas Naib Presiden ABIM) sebagai Timbalan Pengerusi
serta Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin (bekas
Setiausaha Agung ABIM), Dato’ Kamarudin Jaffar (bekas Setiausaha Agung
ABIM) dan Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain sebagai Ahli.
Saya bagaimanapun memilih untuk bersangka baik dengan IDE.
Simpati saya kepada AMANAH di atas tamparan UNISEL/IDE ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan