Anwar khuatiri keganasan meningkat menjelang PRU14

Bekas pemimpin pembangkang yang menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim khuatir keganasan akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Ketua Umum Pakatan Harapan berkata kerajaan mesti memastikan hak dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terus dipelihara.
Anwar, yang sedang menjalani hukuman lima tahun untuk sabitan liwat, juga mengimbas kembali pengalamannya semasa pilihan raya umum lalu.

“Pengalaman PRU-13, di mana beberapa serangan termasuk baling batu dan memecah cermin bas yang saya naiki berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis.

“Maka kami mendesak kerajaan untuk bertindak tegas terhadap gerombolan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Biro Komunikasi, PKR.

Anwar mengulas mengenai keganasan yang berlaku semasa forum Nothing to Hide 2 semalam di Shah Alam.

Acara itu turut menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram di luar negara. Bagaimanapun Najib gagal menghadirkan diri ke pada progam itu.

Acara yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang ketika Mahathir berucap kepada orang ramai.

Ketika Mahathir menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling pada tahun 1985, selipar dan kasut dilemparkan ke arahnya. Ini diikuti oleh beberapa objek lain termasuk kerusi, botol air dan suar di dalam dewan.

Bagaimanapun, tiada objek mengenai Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya. Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat keluar dewan.

Polis kemudiannya menahan tiga renaja yang berpakaian baju-t Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkaitan dengan kejadian itu.

Walau bagaimanapun, Pemuda BERSATU menafikan bahawa suspek berkenaan adalah anggotanya. Sayap itu juga mendakwa bahawa ada yang dibayar untuk menyamar sebagai anggotanya.

Beberapa pemimpin pembangkang turut mempersalhakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Insiden tersebut juga dibidas oleh beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan