Oleh Subky Latif
SAYA tidak tahu apa yang PAS puas hati setelah
pimpinannya yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu dengan Kanda
Kandasamy, Pengerusi 1MDB.
Tentulah ada benda yang mereka puas hati yang belum dijelaskan lagi kepada umum khususnya kepada ahli-ahlinya.
Adalah mustahak ahli-ahli parti tahu dulu apa yang puas hati itu sebelum orang lain tahu.
Saya menunggu penuh sabar apa yang dikatakan puas hati itu. Setakat ini semuanya mahu tahu akan penjelasan puas hati itu.
Dan saya percaya tentulah ada asas-asas yang ia puas hati itu.
Sekalipun
saya belum tahu isi dan butirnya, tetapi kerana keyakinan saya kepada
parti dan pemimpin-pemimpinnya, maka saya ada sikap husnuzan kepada
parti. Bila PAS puas hati, maka saya pun mesti puas hati. Dan saya akan
dapatkan dari parti apa yanag mereka puas hati itu.
Oleh
kerana PAS itu parti saya. Tiada parti lain yang saya sertai sebelum
menyertainya, maka saya mesti sentiasa bersangka baik kepada parti saya
itu termasuklah dalam perkara yang saya belum faham dan payah faham.
Pertama
parti saya itu adalah sebuah jamaah Islam, tiada yang sepertinya wujud
semasa ia diwujudkan. Sekalipun sebelumnya wujud dulu sebuah jamaah
Islam siyasi, Hizbul Muslimin yang menyambung wadah ikhwanul Muslimin
Mesir dan Masyumi Indonesia, tetapi ia telah dimendiangkan oleh penjajah
British.
Selepas tiga tahun susah payah kosong jamaah,
maka ulama masa itu berjaya menggantikannya dengan PAS. Maka dengan
susah payah juga pemimpin dan penyokongnya menjaga dan menghidupkan
jamaah yang banyak kelemahan sejak dari mula, dan syukur ia muncul
sebagai wadah Islam yang terbaik di rantau sebelah sini.
Kerana
ia parti saya, maka saya sepanjang masa bersangka baik kepada parti itu
terutama apabila ia berdepan dengan perkara-perkara yang payah dan
keliru.
Jika saya sebagai ahli tidak berkata baik
kepadanya, siapa lagi yang hendak berkata baik tentangnya. Buruk baik
ia adalah parti saya dan ia saja setakat ini yang sedia rebah dan
bangun menjaga jamaah Islam itu. Telah terbukti sejak turunnya
Rasulullah SAW sebagai rasul, tiada siapa tampil membela jamaah Islam
melainkan umat Islam sendiri.
Maka saya sentiasa bertekad
untuk mencontohi Saidina Abu Bakar Siddiq, menerima saja apa yang
Rasululah sabda dan buat sama ada faham atau tidak faham.
Bukan
saya saja payah faham apa yang PAS dan pimpinannya kata dan buat,
Najib, Zahid dan Mahathir pun payah faham apa yang pimpinan PAS buat.
Pemimpin
PAS saja dalam semua masa dengan susah payah mempertahan apa saja bagi
menjaga wadah tunggal siyasah Islam. Jika orang PAS tidak berbuat
demikian, jangan ingat ada orang lain sedia menjaganya.
Kerana
saya sayangkannya, saya mesti sentiasa berpuas hati atas apa saja yang
ia puas hati. Moga-moga dengan berpuas hati dan berserah kepada Allah,
yang tidak puas hati akhirnya akan puas hati pula.
Mungkin ia payah difahami tetapi Islam tidak boleh menyerah kalah kepada orang yang tidak memahaminya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan