Kerajaan berpendapat amalan menetapkan pendaftaran pengundi secara automatik menyalahi perlembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen Permatang Pauh
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
"Cadangan untuk menjadikan pendaftaran pengundi secara automatik
adalah melanggar peruntukan di bawah perlembagaan persekutuan," kata
Azalina dalam jawapan bertulis itu.
Ia adalah soalan yang dikemukakan Dr Wan Azizah semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Pembangkang dan pertubuhan pendesak sebelum ini memang menuntut
kerajaan melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi
menggantikan amalan sekarang.
Ketika ini seseorang warganegara berusia sekurang-kurangnya 21 tahun
hanya boleh mengundi selepas membuat pendaftaran di Suruhanjaya Pilihan
Raya Malaysia (SPR).
Di kebanyakan negara lain, seseorang yang mencapai usia minimum yang
ditetapkan undang-undang boleh mengundi tanpa perlu mendaftar kerana ia
dilakukan secara automatik.
Kata Azalina, pendaftaran pengundi secara automatik bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 3 juta tak mendaftar
Perkara itu menyatakan seseorang yang sudah mencapai usia 21 tahun
dan tidak hilang kelayakan sebagai pengundi perlu mendaftar jika mahu
mengundi.
Bagaimanapun kata Azalina jika usaha itu mahu dilaksanakan, perlu ada
kajian lanjut dan menyeluruh sebelum sebarang pindaan dapat dilakukan.
Untuk rekod SPR pada Mac lalu menyatakan Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR tidak mahu
dipersalahkan atas sebarang masalah berbangkit ekoran perubahan
peraturan berhubung isu itu.
Bagaimanapun pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH menganggap alasan SPR itu sebagai lucu.
Sementara itu dalam jawapan berasingan Azalina memberitahu, ada lebih
3.7 juta warganegara Malaysia yang layak masih belum mendaftar.
Azalina memberitahu maklumat itu bagi menjawab soalan dikemukakan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan