Oleh Predeep Nambiar
BUTTERWORTH: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka berkata, sebelum
ini beliau hanya mahu Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari jawatan
perdana menteri tetapi kini mahu Barisan Nasional (BN) digantikan oleh
Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun memberitahu
penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini
adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.
“Pada suatu masa dulu, saya fikir memadai kalau kita singkirkan Najib
sahaja dan kekalkan kerajaan BN, tetapi kerajaan BN sudah cukup rosak.
Semua mereka terlibat dengan rasuah.
“Kalau BN terus memerintah negara kita ini, percayalah kita akan
menderita lebih lagi,” kata pengerusi PH dalam ucapannya pada program
Jelajah Semarak baru ini
Berucap di hadapan hampir 3,000 orang yang berhimpun di padang Majlis
Perbandaran Seberang Perai di Kepala Batas, Dr Mahathir mengimbau
kembali keadaan negara yang lebih baik.
Kata beliau, Malaysia pernah menjadi sebuah negara yang mencapai
banyak kejayaan, daripada menghantar rakyat ke luar negara untuk pulang
sebagai cerdik pandai kepada menawan puncak tertinggi di dunia, gunung
Everest.
“Sekarang kita tak ada duit,” kata bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam ucapannya pada program Jelajah Semarak baru ini.
Berucap di hadapan hampir 3,000 orang yang berhimpun di padang Majlis
Perbandaran Seberang Perai di Kepala Batas, Dr Mahathir mengimbau
kembali keadaan negara yang lebih baik.
“Kalau dahulu peluang pekerjaan begitu banyak. Keluar sahaja daripada
universiti maka kerja menunggu, gaji menunggu. Sekarang ini keluar
daripada universiti yang jadi doktor pun tidak ada kerja.
“Kalau dahulu biasiswa ‘jenuh’. Kita hantar tiap-tiap tahun puluhan
ribu anak-anak kita dengan biasiswa untuk belajar di luar negeri supaya
mereka dapat kembali dengan ijazah tinggi dan meningkatkan daya hidup
mereka.
“Dulu kita kata ‘kita boleh’. Kalau nak naik gunung Everest, kita
boleh, nak belayar sekeliling dunia pun kita boleh, nak bangunkan negara
pun kita boleh.
Tetapi hari ini negara hanya mampu berhutang, kata Dr Mahathir.
Beliau berkata jika kerajaan terus ditadbir seperti sekarang, tidak lama lagi negara akan muflis seperti Yunani.
Pengerusi Pakatan Harapan itu merujuk kepada beban hutang yang
ditanggung 1MDB, dan pembayaran kepada International Petroleum
Investment Company (IPIC) yang tertangguh.
“Tapi malu kita ke seluruh dunia apabila sampai masa untuk kita bayar
hutang, kita kata ‘maaflah, tak ada duit, nantilah kami curi
sikit-sikit lagi’. Tapi nak curi pun rakyat tak ada duit.
“Inilah cara Najib mentadbir negara,” kata Dr Mahathir.
Beliau turut menyentuh mengenai kenaikan kos sara hidup, yang menurut
beliau menyaksikan perniagaan “tutup kedai” dan rakyat dikenakan cukai
tambahan pula.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan