Kenyataan Saya "Rakyat Malaysia Derma Kepada Saudi "' Di Siasat

Oleh Rafizi Ramli

Saya sudah pun selesai memberi kenyataan di IPD Dang Wangi semalam atas 2 kenyataan (dan satu rakaman video) mengenai pelaburan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengendalikan sistem keretapi metro di Mekah yang mengalami kerugian yang diunjurkan boleh mencecah RM142 juta.

Kenyataan saya ini dibuat berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri baru-baru ini yang boleh dibaca di http://rafiziramli.com/…/projek-prasarana-di-arab-saudi-ke…/

Saya disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (atas tuduhan memfitnah) dan Akta SKMM (atas tuduhan menyalahgunakan rangkaian dengan mengeluarkan sesuatu yang menyakitkan hati).
Saya telah menjawab semua soalan dan berpendapat pihak Peguam Negara akan mendakwa saya dalam masa terdekat sama ada di bawah Kanun Keseksaan atau Akta SKMM atau kedua-duanya sekali.

Saya faham perkara ini sensitif kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kerana saya menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian gara-gara nama keluarga diraja Saudi digunakqn untuk menutup perkara sebenar berhubung wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri.

Hakikat bahawa saya terus disiasat kerana memuatnaik kenyataan itu dan menyatakan bahawa "rakyat Malaysialah yang menderma kepada Saudi, bukannya Raja Saudi memberi derma kepada Dato' Seri Najib" sebenarnya membantu meyakinkan lebih ramai rakyat Malaysia bahawa wang RM2.6 bilion itu bukanlah satu derma.

Saya yakin saya ada kes yang kukuh di mahkamah nanti dan kes ini hanya menambahkan jumlah kes terhadap saya dari 12 menjadi 13 yang akan mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menolak BN dalam PRU14 nanti.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden PKR
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan