Oleh Salahuddin Ayub
1. Laporan Ketua Audit Negara 2016 siri 1 bagi negeri Johor telah
mendedahkan pelbagai kelemahan tadbir urus dan penyelewengan yang
berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Puluhan juta wang
rakyat Johor boleh diselamatkan sekiranya budaya amanah dan
akauntabiliti benar-benar diamalkan di setiap peringkat pentadbiran
negeri.
2. Keyakinan ini semakin kuat apabila saya meneliti dengan tekun
akan kedudukan negeri Johor dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 bagi
siri 1 dalam seksyen Pengurusan Aktiviti/Kewangan/Jabatan/Agensi dan
pengurusan Syarikat Kerajaan. Audit telah secara khusus dan keras
menegaskan bahawa negeri Johor berhadapan dengan kelemahan pematuhan
prosedur serta dasar-dasar kerajaan dalam menguruskan projek.
3. Pertama, berhubung amalan tender terus yang diamalkan bagi
sesetengah projek, contohnya perolehan yang melebihi RM0.5 juta bagi
tahun 2015 dan 2016 di Majlis Daerah Kota Tinggi, telah tidak dijalankan
secara tender terbuka, malah proses perolehan dipecah-pecahkan juga
dilaksanakan dengan kos berjumlah RM4.17 juta, keseluruhannya. Ini
menyebabkan kos meningkat, sekaligus mewujudkan budaya kronisme.
4. Disamping itu, Audit juga mendapati lima perolehan di beberapa pihak
berkuasa tempatan yang melibatkan kos berjumlah RM0.90 juta masih belum
digunakan dan terbiar. Malah, Audit telah melaporkan bahawa pemasangan
tiang bendera yang dilaksanakan secara rundingan terus juga dibazirkan
dan dipasang bendera manakala peralatan gimnasium yang dibeli pada tahun
2015 masih tersimpan dalam kotak serta tidak diagihkan.
5.
Negeri Johor juga berhadapan dengan kualiti kerja yang tidak memuaskan
dan kelewatan. Kesan daripada ini akan menyebabkan kos projek meningkat,
rakyat terkesan akan kelewatan menerima servis sekaligus menjejaskan
kualiti perkhidmatan yang bakal diterima. Sedangkan mereka adalah
pembayar cukai, cukai yang dibayar tidak setimpal berdasarkan apa yang
mereka dapat.
6. Lebih mendukacitakan, penipuan juga berlaku di
mana kontraktor yang sama tetapi mempunyai nama syarikat yang
berbeza-beza demi membolot perolehan yang ditawarkan oleh Kerajaan
Negeri. Audit menyatakan bahawa "pemilihan kontraktor adalah tidak
memuaskan kerana pemilihan kontraktor di MDP tidak mengikut kriteria
yang ditetapkan. Di
samping, harga kontraktor yang sama bagi setiap item".
7. Laporan Ketua Audit juga memberikan amaran keras supaya setiap
perolehan atau projek tidak lagi dilakukan tanpa melalui tender terbuka
serta mestilah memenuhi kriteria yang ketat. Malah, tiada tindakan
manipulasi dalam pemilihan tender dan pengurusan tender.
#AmanahDemiNegara
Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
Pakatan Harapan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan