Menteri Gagal Dalam Penganjuran Sukan Sea 2017

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

1. Sukan SEA seharusnya menjadi medium ampuh utk mengukuhkan hubungan diplomatik antara negara ASEAN.

2. Sebarang insiden yg boleh mengeruhkan hubungan walaupun dianggap kecil mesti dielakkan sepenuhnya.

3. Negara penganjur mesti benar-benar sensitif dan menghayati sepenuhnya semangat setiakawan melalui sukan antara negara yg terlibat.

4. Atlit yg mengambil bahagian pula perlu ingat bahawa mereka membawa bendera negara mereka ke gelanggang sukan.

5. Dua insiden yg melibatkan dua negara yg ada 'bara' tersimpan semenjak sekian lama amat dikesalkan.

6. Kedua-dua insiden itu ialah paparan bendera Indonesia terbalik dalam buku cenderamata yg sudah mendapat respon dari presiden Indonesia.

7. Satu insiden lagi ialah penarikan diri atlit sepaktakraw wanita Indonesia drpd terus mendepani Malaysia yg diikuti dgn pelbagai kritikan negatif kpd negara penganjur.

8. Kedua-dua insiden itu tidak akan memalit sampai menjejaskan hubungan diplomatik Mal -Indon, tetapi telah mengocak keheningan hubungan antara warganya.

9. Jika kedua-dua insiden itu berlaku kerana cuai, menteri berkenaan mesti bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia memikul risiko termasuk meletak jawatan.

10. Dalam era pengurusan acara sudah berada pada tahap sangat tinggi capaian profesionalismenya, acara sukan SEA anjuran Malaysia pula sebaliknya.

11. Inilah gambaran kecelaruan perjalanan negara ini. Semuanya sudah celaru.

12. Rakyat perlu buka mata dengan semua insiden ini yg memberi isyarat kpd pentingnya suatu perubahan dlm sistem politik demi perubahan dalam semua sistem yg ada.

13. Ayuh, humban BN ke laut.

Edit [Ni la cara parti pembangkang buat statement sukan. Ni pi kata sukan (termasuk renang berirama) ibadat. Pening la lebai...!]












Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan