Pemberian Dana 8 Juta Kepada Umno Sabah ,Siasat Najib Razak !



Saya terkejut dengan kenyataan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang mengakui sejumlah RM8 juta peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada empat kawasan Umno iaitu Bahagian Pensiangan, Ranau, Keningau dan Tenom.

Pengumuman ini dibuat melalui sidang media oleh Datuk Seri Musa Aman dan maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh menafikannya sama sekali. Dijelaskan juga bahawa dana tersebut akan digunapakai bagi membiayai perlaksanaan projek kecil yang diuruskan oleh Ketua-Ketua Umno Bahagian. 

Angkatan Muda KEADILAN ingin bertanya tiga soalan kepada kedua-dua pemimpin Umno yang terlibat secara langsung dalam hal penyaluran dana politik tersebut iaitu Najib Razak dan Musa Aman:

1. Daripada manakah sumber dana politik RM8 juta telah diperolehi oleh Perdana Menteri? Adakah sumbangan diterima daripada Raja Arab lagi atau individu lain ataupun dana 1MDB?

2. Di manakah Perdana Menteri menyimpan dana RM8 juta tersebut itu selama ini dan adakah dana tersebut dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

3. Umno Bahagian manakah yang layak dapat sumbangan dana politik tersebut selain daripada empat Umno Bahagian di Sabah, dan adakah parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional mendapat dana yang sama?

Budaya "You help me, I help you" telah dimulakan oleh Perdana Menteri pada tahun 2010 menjelang pilihanraya negeri Sarawak. Ini pula diikuti dengan skandal RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau dan skandal-skandal lain yang berkait rapat sama ada dengan Perdana Menteri sendiri mahupun keluarganya. Budaya wang yang dipupuk oleh Perdana Menteri semakin menular dan kini berlaku siang hari tanpa rasa segan silu oleh pimpinan Umno BN yang lain.

Transaksi dana yang terlibat sebanyak RM8 juta ini sepatutnya dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ini menimbulkan tanda tanya bahawa dana tersebut mungkin dikaitkan dengan penggubahan wang haram. Namun, pengumuman oleh Ketua Menteri Sabah tersebut seolah-olahnya mencabar kewibawaan BNM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BNM dan SPRM seharusnya mengambil langkah membuka siasatan terhadap kes ini samada ia mengandungi unsur-unsur yang melanggari Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ataupun akta-akta lain. Jika BNM dan SPRM membiarkan perkara ini berlaku, kewibawaan kedua-dua agensi kerajaan tersebut bakal menjadi pertikaian sekali lain selepas skandal RM2.6 bilion dan 1MDB.

YB Tan Kar Hing 陈家兴
Naib Ketua AMK Malaysia
ADUN Simpang Pulai
PArti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan