Oleh Dato' Hj Abdul Halim Hussain
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan
seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan
selepas mereka menamatkan pengajian pada tahun 2016.
1. Kadar
pengangguran yang tinggi adalah satu malapetaka besar bahkan satu
tragedi nasional bagi sesebuah negara. Isu pengangguran di kalangan
siswazah merupakan satu masalah besar yang perlu ditangani segera.
Adakah kita hendak lihat anak cucu berterusan menjadi mangsa pengurusan ekonomi yang gagal?
2. Kadar pengangguran sebenar sudah tentu lebih tinggi lagi daripada
apa yang didedahkan Datuk Idris Jusoh, kerana, pengangguran bukan sahaja
terdiri daripada siswazah lepasan ijazah, tetapi, siswazah ijazah kedua
( Sarjana, Phd) pelajar lepasan diploma daripada kolej-kolej, pelajar
lepasan institusi-institusi kemahiran dan juga pelajar lepasan sekolah
menengah.
3. Penganggur siswazah dan bukan siswazah juga boleh
ditakrifkan mereka yang bekerja sambilan, bekerja secara kontrak dan
mereka yang sudah berputus asa mencari pekerjaan yang sesuai dengan
kelayakan mereka.
4. Siswazah yang gagal mendapatkan pekerjaan
yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki, ramai di antara mereka cuba
mendapatkan pekerjaan di peringkat yang lebih rendah.
Baru-baru
ini kita dikejutkan oleh media online The Malaysian Insight tentang dua
beradik Siti Nursyazalina Zailani siswazah dalam bidang kejuruteraan
bahan dan adiknya Siti Nurdiyana pelajar ACCA Intec College yang bekerja
sebagai 'domestic cleaners' di 'agency cleaning Maideasy'.
Nursyazalina sanggup sebagai 'cleaner' kerana telah gagal mendapat
pekerjaan yang sesuai setelah banyak permohonan pekerjaan ditolak.
Nurdiyana pula bekerja sambilan untuk menampung kos perbelanjaan harian
sebagai pelajar dan membantu ibu mereka yang merupakan seorang ibu
tunggal.
Jika siswazah gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai
dan dengan pendapatan yang setimpal maka harapan Malaysia untuk mencapai
status negara maju sukar terlaksana.
5. Kita kesal kerana
kerajaan gagal untuk fokus dan memberi perhatian kepada kerjaya masa
depan generasi muda yang akan datang. Lebih teruk lagi pengangguran
bakal membawa kepada masalah sosial seperti kemiskinan dan jenayah di
kalangan mereka yang menganggur akibat kesempitan hidup.
6.
Perkara yang dibimbangkan adalah, tatkala, pasaran buruh menguncup
akibat kelembapan ekonomi, bilangan siswazah dan bukan siswazah pula
meningkat saban tahun.
Lebih teruk lagi, kajian Bank Negara
Malaysia 2015 mendapati siswazah daripada golongan isirumah
berpendapatan rendah lebih sukar mendapat pekerjaan. Oleh itu,
peningkatan taraf sosial atau 'upward mobiliti' golongan keluarga
berpendapatan rendah tidak akan berlaku. Justeru itu, jurang pendapatan
golongan kaya dan miskin terus melebar.
7. Apakah masalah sebenar yang menyebabkan siswazah lepasan universiti dan bukan siswazah ini menganggur?
Satu penyelidikan yang lebih mendalam adalah wajar untuk mengenalpasti
punca pengangguran di kalangan siswazah dan bukan siswazah di Malaysia
dan seterusnya satu dasar untuk menangani isu pengangguran ini perlu
dikaji semula dari semasa ke semasa.
Ini adalah masa untuk kita memberi HARAPAN dan peluang kerjaya dan ekonomi kepada golongan muda seluruh negara.
Dato' Hj Abdul Halim Hussain
Mantan Speaker DUN Pulau Pinang
Ketua Cabang KEADILAN Balik Pulau
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan