Pemandu teksi demo di Putrajaya, bantah Grab

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sekumpulan pemandu teksi berdemonstrasi di Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini bagi membantah khidmat panggilan teksi dalam talian Grab.

Bantahan itu susulan kenyataan pegawai menteri kewangan Tony Pua yang ingin bekerjasama dengan Grab dan kerajaan pula dituduh tidak bertegas terhadap syarikat aplikasi itu.

Kumpulan itu yang mendakwa “ditindas” mempersoal mengapa Grab dibenarkan sedangkan mereka telahpun mengikuti segala syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum beroperasi.

Dalam bantahan itu, mereka yang diketuai Datuk Shamsubahrin Ismail menuntut pertemuan dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam tempoh 24 jam, lapor Malaysiakini.

Selaku pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, beliau dilihat meminta alamat emel untuk menghantar surat rasmi memohon mengadakan pertemuan dengan Lim.

“Saya sudah hantar surat khas kepada menteri supaya pertemuan boleh diadakan dalam tempoh 24 jam susulan isu yang ditimbulkan (setiausaha politik menteri) Pua,” katanya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari menjelaskan kerajaan tidak bercadang menggantikan bas pengantara dengan perkhidmatan kenderaan Grab.

“Ia hanya satu cadangan Tony untuk melengkapkan [perkhidmatan]. Kementerian tiada cadangan untuk menghentikan perkhidmatan bas pengantara,” katanya di lobi Parlimen.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan