PETALING JAYA: Singapura mendahului semua negara lain di dunia,
termasuk Malaysia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun
paling laju 55.13Mbps.
Berdasarkan data M-Lab, perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka
Amerika, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti
Princeton, Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun
6.69Mbps.
Ini bermakna, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat
untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil
masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia.
Kajian lebih 12 bulan yang dijalankan di 189 negara sehingga Mei lalu itu, membabitkan lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar.
Selain Singapura, prestasi Malaysia lebih baik daripada kebanyakan
negara jiran di Asean selepas Thailand yang berada di kedudukan ke-29,
dengan kelajuan internet 16.85Mbps.
Malaysia mendahului Vietnam yang berada di tempat ke-74 dengan
5.46Mbps, Indonesia ke-75 (5.19Mbps), Brunei ke-86 (3.83Mbps), Filipina
ke-87 (3.69Mbps), Kemboja ke-98 (3.1Mbps), Myanmar ke-118 (2.09Mbps) dan
Laos ke-124 (1.94Mbps).
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan