Oleh Subky Latif
JIKA peluru yang Mahathir tuju kepada Najib terkena TPM
Datuk Zahid Hamidi bukan disasarkan kepada Zahid tetapi kiranya ia
terkena Zahid ialah kerana Zahid ada dalam pasukan Najib.
Perang
sebenarnya antara Mahathir dan Najib, bukan antara panglima kedua
pihak. Dalam mana-mana peperangan biasalah panglima cedera. Tiba-tiba
dalam perang itu Zahid membuka medan perang antaranya dengan Mahathir.
Zahid
menggunakan peluru anak-anak Mahathir jadi kaya raya, membolot
kekayaan semasa 22 tahun dia jadi Perdana Menteri dan pemimpin UMNO.
Lepas itu dia sepak UMNO.
Tapi peluru paling berat ialah membangkitkan nama keluarga asal Mahathir, Kutty dari Karala, India.
Maka
Mahathir menyerang balas dengan mendakwa Zahid bertemunya minta
sokongan jika dia terpaksa menghadapi/menentang Najib. Ketika sama
Mahathir pula mendakwa Zahid semasa jadi Ketua Pemuda UMNO memilki harta
ratus juta ringgit.
Dua-duanya menggunakan peluru berat menyalahkan lawannya. Siapa yang payah apabila masing-masing tuduh menuduh?
Dalam
perang ini Mahathir tidak ada sebarang kerugian. Dia memang sedia
menempah maut. Jika terpaksa dipenjarakan pun dia bersedia. Untuk jadi
Perdana Menteri semula tentu tidak. Harapan besarnya ialah Tan Sri
Muhyiddin atau anaknya Mukhriz jadi Perdana Menteri.
Tetapi
yang rugi dalam perbalahan ini Zahid. Apa yang Mahathir dakwa atasnya
menyebabkan orang bertanya akan kemungkinannya. Sekalipun yang Mahathir
kata itu palsu, tetapi sedikit sebanyak ada yang percaya.
Kita
tidak dapat berkata secara betul apakah Mahathir berkata betul. Untuk
kata betul, ia mungkin tak betul. Untuk kata tak betul, ia mungkin
betul.
Mahathir tidak membawa saksi mengatakan Zahid minta
sokongannya menumbang Najib. Zahid pula tiada saksi mengatakan dia tidak
pernah berkata begitu pada Mahathir.
Orang tidak tahu apa
sebenarnya terjadi, sebab dua-dua tak ada saksi. Hendak membela Zahid
pun payah sebab hal yang dibangkitkan itu antara Zahid dan Mahathir.
Yang ketiga hanya Allah.
Senjata yang Mahathir guna itu
boleh menjadikan Najib sangsi kepada Zahid. Dalam orang ramai mengata
itu dan ini tentang Najib, siapakah yang 100 peratus setia pada Najib.
Sama ada Najib percaya atau tidak, dia pun tak boleh 100 percaya pada
Zahid. Ini yang Mahathir sudah ingatkan Najib.
Jika Najib
tidak ambil berat apa yang Mahathir kata, buka kerana dia tidak percaya,
tetapi pada masa ini payah hendak mencari orang 100 percaya kepadanya.
Kalau dia tidak percaya kepada Zahid, kepada siapa lagi dia hendadk
percaya? Semuanya bersaksi ke lutut.
Zahid sudah disusahkan
oleh Mahathir. Mantik Kutty yang Zahid gunakan tidak kuat dan tidak
tepat. Mahathir tidak cedera dengannya, tetapi reaksi Mahathir kata
Zahid minta sokongannya melawan Najib, ada kesan sekalipun ia
diadakannya.
Zahid dalam suasana keliru sekeliling Najib,
adalah orang bila-bila masa boleh menggantikan Najib dengan bom asap
yang dilepaskannya, Najib dan keluarga boleh rasa sesuatu tentang Zahid.
Kalau
Zahid tidak ungkit tentang Kutty dan kekayaan anak-anak Mahathir,
Mahathir pun belum tentukan gunakan senjata itu pada masa ini.
Jika
Mahathir susah, memang dia bersedia untuk susah, tetapi bila Zahid mahu
jadi lebih berani dari Najib, dia sudah disusahkan oleh Mahathir.
Orang
Umno pun tak boleh kata Zahid betul, kerana mereka pun tak tahu apa
yang Mahathir dan Zahid kata tentang Najib. Semua tak ada saksi
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan