Oleh Rais Husin
Dengan laawatan rasminya ke Amerika Syarikat pada 12 September ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan bakal menggunakan
taktik lama setiap kali menjelang pilihan raya umum.
Sebagai contoh, sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2013, Najib membuat lawatan ke Semenanjung Gaza.
Ketika memijak runtuhan bumi Palestin, beliau mengenyit mata melihat
teriknya matahari, berakur janji setia bekerjasama dengan HAMAS, juga
sanggup mempertahankan seluruh Palestin andai diperlukan. Namun akhirnya
apa pun tidak tercapai.
Lawatan sekali ke White House, Amerika Syarikat akan membawa drama ke
Gaza, dan hasil yang sama juga akan tercapai, tidak berubah.
Lawatan ke Gaza, yang disusun oleh mantan Timbalan Presiden PAS Datuk
Nasharudin Mat Isa, sebenarnya merendahkan tauliah agama oleh Najib.
Ini adalah PAS, mempamerkan hubungan baik mereka dengan Ikhwanul Muslimin, bagi menampakkan Umno lebih terkehadapan.
Namun, Najib sebenarnya dirantai dan digari. Beliau tidaklah sebebas yang beliau sangka.
Sama juga apa yang terjadi pada Presiden Donald Trump. Dengan banyak
kesilapan yang dilakukan mereka, kedua-dua pemimpin ini tercalar dengan
isu-isu kontroversi.
Kepopularan mereka semakin merundum, bukan meningkat.
Bagaimana agaknya salah satu dari keduanya dapat mendapat manfaat daripada pilihan raya?
Selalu dicerca
Trump adalah seorang sosok politik yang selalu dicerca, kalau bukan
di dunia, di negaranya sendiri Amerika Syarikat. Beliau bersenang-senang
dalam kontroversi dan kemasyhuran negatif.
Najib
pula, semakin hilang genggamannya dalam Umno dan kerajaan. Lawatan ke
Washington DC ketika mana White House itu sendiri sedang berpecah
hanyalah satu undangan memasuki laman cermin – yang mana Najib sendiri
akan melihat refleksi disfungsi yang ada pada dirinya.
Tidak kisahlah isu apa agaknya Najib berhajat hendak berbincang dengan Trump, tidak ada satu pun yang akan sangkut.
Isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), Amerika
Syarikat sudah keluar. Malaysia mahu turut serta, tetapi sukar untuk
Najib untuk mengubah fikiran Trump ketika mana Najib telah memposisikan
Malaysia di bucu China.
Berkenaan isu dengan Korea Utara pula, Malaysia kekurangan kedalaman
strategik dan diplomatik dalam ASEAN bagi meyakinkan Pyongyang untuk
berkelakuan baik.
Tetapi
isu Korea Utara telah sampai satu tahap dan tidak boleh berpatah balik
di mana Kim Jong-un sudah memiliki Peluru Berpandu Balistik Antara Benua
(ICBM) berserta kemampuan nuklear. Apa lagi yang Malaysia akan
sembangkan dengan Trump yang Amerika Syarikat tidak pernah terfikir
dengan China?
Berkenaan Negara Islam, Malaysia mendakwa sebagai negara yang
membanteras ekstremisme. Kita perlu ingat bahawa Raja Salman dan Arab
Saudi kedua-duanya mendefinisikan HAMAS dan Ikhwanul Muslimin sebagai
pengganas juga.
Hubungan Umno-PAS
Adakah ini bermaksud Malaysia akan mula mengkritik HAMAS dan Ikhwanul
Muslimin? Kalau Najib lakukan juga, perikatan Umno dan PAS akan jadi
lebih keruh.
Juga,
pergeseran antara Saudi Arabia dan Malaysia sudah berlaku sejak
kebelakangan ini. Perlantikan Nasharudin sebagai duta Malaysia di Saudi
Arabia tidak pernah diluluskan oleh Riyadh.
Najib juga tidak pernah berani melepasi garisan dengan melantik
Nashrudin di negara-negara Teluk yang lain. Najib tahu pada 2014, juga
kini, sebarang bentuk sokongan kepada HAMAS dan Ikhwanul Muslimin akan
menjengkelkan kerabat diraja Arab Saudi.
Kedua-dua HAMAS dan Ikhwanul Muslimin secara jelas menentang
pemerintahan kerabat diraja di negara-negara Teluk, dan mereka telah
dianggap oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu sebagai organisasi
pengganas.
Dalam konteks ini, lawatan ke Amerika Syarikat adalah sebuah lawatan
yang bakal mendatangkan keburukan. Najib akan berhadapan dengan
kredibiliti diplomasi yang teruk secara jelasnya kerana Trump sendiri
adalah malapetaka yang berterusan.
Dengan
memilih Trump, Najib sedang memilih seorang presiden yang kemungkinan
besar akan diheret ke mahkamah juga; pada masa sama Najib akan
ditumbangkan dari tampuk kuasa oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum kali
ke-14 tidak lama lagi.
Tidak dilupakan juga, banyak pihak media akan menunggu Najib dan
bertanyakan soalan berkenaan sesi dengan Presiden Amerika Syarikat.
Mungkin juga tiada kenyataan media. Saya cenderung mengatakan bahawa
tidak akan ada kenyataan media.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan