OlehM.Noor Haslam
‘Perjanjian’ kerjasama Putrajaya – Rumah Putih yang berlangsung baru ini mengambil tempat kira-kira empat bulan selepas Trump menjadi
tetamu kehormat Raja Salman di “Arab Islamic American Summit” di Jeddah
membincangkan seputar topik terorisme.
Selain pengukuhan keselamatan
serantau, rakyat sudah tentu berharap perdana menteri akan membawa
sesuatu yang bermakna – tatkala kita terus dibebani dengan peningkatan
kos sara hidup, cukai GST dan kenaikan berterusan harga minyak.
Ini termasuk situasi di mana golongan
berpendapatan sederhana dan rendah terpaksa melupakan hasrat mereka
untuk memiliki rumah impian.
Lawatan Najib yang diharap membawa pulang sesuatu yang menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Najib dan delegasinya telah bersepakat untuk membantu
‘memperkukuhkan’ ekonomi Amerika Syarikat dengan pelaburan lebih RM40
bilion sementara ekonomi negara mengalami kemerosotan.
Najib telah umumkan bahawa kerajaan
melalui Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan membeli 25 pesawat
Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners.
Najib juga berkata bahawa kerajaan
juga mungkin akan membeli 25 lagi pesawat 737 pada masa akan datang
dengan jumlah yang bernilai lebih US$10 bilion atau RM42 bilion dalam
tempoh 5 tahun.
Apa yang lebih mengejutkan, pertemuan
Najib – Trump turut disusuli dengan komitmen kerajaan melabur sebanyak
US$3 bilion hingga US$4 bilion kepada pembangunan infrastruktur AS. Ini
tidak termasuk sejumlah US$7 bilion yang sudah dilabur oleh KWSP di AS.
Dan jangan pula kita hairan
kalau-kalau BN mendakwa nilai pelaburan dan pembelian mencecah puluhan
bilion ringgit itu kononnya membuktikan kedudukan kewangan negara di
dalam keadaan stabil – itu bohong.
Di sebalik lagak Najib sakan
menyalurkan pelaburan negara ke Amerika, fikiran saya tiba-tiba
teringatkan nama Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan kontroversi
komisyen pembelian kapal selam Scorpene kepada Malaysia.
Memetik laporan The Malaysian Insight
1 Ogos lalu, Abdul Razak Baginda pernah menjadi penasihat kepada Najib
Razak yang ketika itu menteri pertahanan dan didakwa di Perancis
berhubung kes penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Saya tidak mahu mengulang beberapa
teori dan tragedi besar yang berlaku selepas kontroversi itu timbul
termasuk pembunuhan seorang model warga Mongolia bernama Altantuya
Sharibu.
Saat ini, negara semakin terbeban
dengan defisit dan hutang-piutangnya. Situasi BN bertambah kritikal
menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja.
“Kerajaan takda duit” kata seorang teman.
Sudah tentu, BN memerlukan banyak
sumber kewangan untuk mengekalkan kedudukan mereka jika bernasib baik.
Soalan saya, mungkinkah ada gerangan sosok Razak Banginda 2.0 yang bakal
muncul?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan