Jangan sekadar melaung-laung dan beretorik


Semasa kami menjawat Ahli Majlis MBSA, di antara yang awal mengusulkan larangan jualan arak di kedai runcit adalah team kami yang sekarang semua sudah menyertai Parti Amanah.

Sekarang 7 eleven sudah tidak menjual arak di Selangor kecuali ada lagi premis-premis seperti Speedmart 99 dan kedai-kedai runcit yang perlu kepada pemantauan berterusan.

Namun begitu Minuman Alkohol yang kandungan Alkohol melebihi 5% di Kedai Ubat Cina atau Sen Sei atau di Hotel-hotel, kelulusan dan lesen khas mereka tidak melalui Majlis sebaliknya melalui Pejabat Daerah untuk kelulusan Jabatan Kastam.

Masih ada lagi jualan arak di Pub-pub dan Lounge, Pusat-Pusat Hiburan bukan saja di Selangor malah di negeri-negeri lain juga.

Justeru, saya ingin sarankan kepada Rakan dari Pas khususnya yang menjawat jawatan lantikan politik di Selangor dari Exco Agama sehingga Ahli Majlis dan yang berkaitan, kalau serious ingin menghentikan arak, pantaulah yang di Selangor ini.

Jangan sekadar melaung-laung dan beretorik tapi realitinya di bawah ini kalian tidak turun melihat dan memantau jualan arak atau membincangkan dalam mesyuarat Majlis yang mana kalian ada bidang kuasa di situ.

Kalau kalian rasa ianya mudah, lakukanlah.

Janganlah asyik melihat salah orang lain atau parti yang tidak sehaluan sehingga mengheret ke kancah politik yang tidak berkesudahan.

Umno BN telah memerintah lebih 60 tahun, sepatutnya merekalah menjadi sasaran dipersalahkan kerana merekalah yang bertanggungjawab meluluskan segala lesen arak.

Di Pahang ada Pusat Judi terbesar yang barangkali ada jualan arak. Kenapalah tidak berdemo di depan Genting Resort.

Cukup-cukuplah dengan gelagat-gelagat yang menonjolkan permusuhan dengan pihak yang tidak sekata dengan kita dengan menuduh dan menghukum.

Dalam Al Quran larangan Arak adalah untuk orang Islam tetapi bukan Islam mereka bebas memilih untuk meminum atau tidak walaupun pada aspek kesihatan arak tidak digalakkan meminumnya.
Kita ada agenda besar Selamatkan Negara dari pemerintah kleptokrat kerana mempertahankan maruah dan kedaulatan negara adalah juga tuntutan Islam.

Wallahu A'lam.
Al Faqirah

Hjh Mariam Abdul Rashid.
Naib Pengerusi 3
Parti Amanah Negara
Negeri Selangor
23 Sep 2017
Bestari Jaya
Selango
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan