Oleh Zulkifli Mohamed
Pada Jun 2016, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyumbang RM15 juta untuk
pembangunan Pusat Pendidikan Islam At-Itqan, Teluk Kumbar.
2.
Kerajaan negeri juga menyumbang RM1.75 juta secara tahunan kepada
institusi pendidikan Islam melibatkan sekolah kafa, sekolah agama
rakyat, tadika Islam (Tadis), maahad tahfiz dan pondok. Bantuan itu
membabitkan tambahan elaun guru, penambahbaikan frasarana dan pembelian
alat bantuan mengajar.
3. Jumlah itu tidak termasuk sumbangan
khas dan bonus tahunan kepada guru, pelajar dan kakitangan sekolah,
pondok, Tadis dan tahfiz serta sumbangan tahunan kepada para hufaz
berjumlah RM500 seorang, melalui program Ijtimak dan Anugerah Al-Hufaz
anjuran kerajaan negeri sejak 2008.
4. Sejak tahun 2008-2016,
kerajaan negeri telah menyumbang RM57.64 juta untuk pembangunan sekolah
pendidikan Islam di negeri ini.
5. Sumbangan tahunan itu,
disalurkan kepada semua institusi Islam berasaskan permohonan dan
keperluan mereka tanpa mengambilkira fahaman politik pemiliknya.
6. Sumbangan sebesar itu, hampir 3 kali ganda melebihi sumbangan oleh
kerajaan negeri Barisan Nasional, iaitu kira-kira RM20.11 juta dalam
tempoh yang sama dari tahun 1999-2007.
7. Menuduh kerajaan
negeri anti, benci dan dengki terhadap institusi agama, sepertimana
tohmahan oleh Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Yusni Md Piah adalah
berniat jahat.
8. Rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang (JHEAIPP) sejak 2010-2017 membuktikan Sekolah Rendah Islam Bahrul
Ulum (SRIBU) telah menerima sumbangan hampir setengah juta iaitu
RM414,910,00 dan Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) sebanyak RM
196,610.00.
9. Bukti itu sekaligus menolak fitnah yang dicanang
oleh Yusni, kononnya kerajaan negeri tidak menyalurkan sumbangan kepada
kedua-dua sekolah berkenaan, kerana kononnya sikap hipokrasi dan
pilih kasih kerajaan negeri terhadap institusi pendidikan agama,
khususnya milik PAS.
10. Jika benci sekalipun kepada kerajaan
negeri, kerana berbeza fahaman politik, janganlah sehingga mengadu domba
dan menabur fitnah. Sepertimana fitnah kononnya Pulau Pinang melarang
azan, malah sehingga sanggup menghukum untuk mengebumikan orang Islam di
jirat. Sesungguhnya dosa fitnah lebih besar daripada membunuh.
11. Kerajaan negeri memandang serius tragedi yang meragut nyawa pelajar
dan guru-guru tahfiz di Selangor. Dan bertindak pro aktif bagi mengelak
tragedi itu berulang di Pulau Pinang.
12. Sehubungan itu,
sepertimana dijelaskan oleh Exco Hal Ehwal Agama Dato’ Abdul Malik
Kassim, bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan bertindak
tegas terhadap mana-mana pihak yang mengabaikan keselamatan Maahad
Tahfiz sehingga meragut nyawa para pelajar dan guru-guru.
13.
Tegas beliau, kerajaan negeri akan terus membantu dan memantau 47 buah
maahad tahfiz berdaftar dan kira-kira 20 buah yang tidak berdaftar di
negeri ini.
14. Malah kerajaan negeri akan bekerjasama dengan
kerajaan pusat termasuk meminda Akta Pendidikan (Akta 550) bagi membantu
perkembangan institusi pendidikan Islam negeri ini ke arah lebih
cemerlang.
15. Memetik kata-kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng
ketika menyampaikan sumbangan kepada sekolah agama rakyat, sempena
perasmian Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah Guar Jering, Permatang
Pauh yang dibina oleh kerajaan negeri bernilai RM1.3 juta pada 13
November 2016:
“Saya memberi jaminan kepada tuan-tuan, selagi
Pakatan Harapan mentadbir Pulau Pinang, kerajaan akan terus memberi
sumbangan dan membantu perkembangan institusi pendidikan Islam negeri
ini.”
Zulkifli Mohamed
Setiausaha Penerangan
Pakatan Harapan Pulau Pinang
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan