WASHINGTON: Walaupun pelbagai tarikh dikaitkan dengannya, Datuk Seri
Najib Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya
umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.
Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan
kerja 3 harinya di sini pada Rabu, perdana menteri hanya ketawa dan
berkata “Tunggu dululah.”
“Kamu hendak saya umumkan sesuatu di Washington DC? Kamu bergurau ya,” katanya.
Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan
semua perkara sedang memihak kepadanya, Najib menjawab: “Betulkah, kamu
fikir begitu?””
“Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.
“Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Najib yang melawat
Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump. Kedua-dua
pemimpin mengadakan perbincangan di White House pada Selasa.
Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Najib akan berakhir pada Jun 2018.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan