PETALING JAYA: PAS menuduh kerajaan Pulau Pinang membuat ugutan di
samping cuba “membantutkan pembangunan Islam” selepas amaran exco agama,
Datuk Abdul Malek Kassim untuk menutup sekolah tahfiz di negeri itu
yang tidak menepati piawaian.
“Hairannya, kerajaan negeri tidak pula pantas untuk menutup premis
judi, arak dan kilang haram di negeri ini yang mendatangkan pelbagai
kesan negatif. Bahkan dilihat pula melindunginya,” kata Ketua Penerangan
PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.
“Di mana suara Malek dalam perkara ini?” soalnya.
Yusni berkata amaran itu adalah bukti Pulau Pinang di bawah
pentadbiran DAP dan PKR “tidak ada beza dengan kerajaan Umno-BN yang
tidak mesra Islam”.
Sebelum ini, Malek menyelar sekolah agama yang tidak mengambil berat
aspek keselamatan para pelajar, susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur minggu lalu yang meragut 23 nyawa.
Beliau memberi amaran pihak berkuasa akan menarik balik kelulusan dan
menutup sekolah yang gagal memastikan piawaian keselamatan pelajar.
“Tindakan yang lebih tegas ini, demi kepentingan keselamatan pelajar
dan menjaga nama baik institusi pendidikan Islam yang sangat
mementingkan aspek keselamatan,” kata Malek.
Yusni menyifatkan amaran itu “sangat naif, dangkal dan tidak
bertamadun”, sambil berkata ia membuktikan “permusuhan terhadap perkara
berkaitan Islam” oleh kerajaan negeri yang diketuai DAP.
Yusni turut mendakwa amaran Malek tidak menyelesaikan masalah tetapi menjurus kepada cubaan menghapuskan institusi tahfiz.
“Beliau sepatutnya matang dan bijak menangani kekurangan entiti yang
sedia wujud dan mendatangkan manfaat besar kepada awam seperti
menyalurkan dana kerana kebanyakan maahad tahfiz di Pulau Pinang
bergerak secara persendirian,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri juga enggan membantu sekolah agama yang diuruskan PAS.
“Sikap pilih kasih kerajaan negeri itu jelas menunjukan sikap
hipokrasi dan bermuka-muka terhadap sekolah agama rakyat dan maahad
tahfiz.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan