Oleh Subky Latif
TIADA dalam pemikiran dan pengetahuan manusia putera
atau anak kessembilan al-Marhum Sultan Badlishah, Tunku Sallehuddin
akan naik takhta sebagai Sultan Kedah yang baharu.
Allah saja yang mengetahui, yang makhlukNya tidak mengetahui.
Allahlah yang menaikkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang
menurunkan dari kekuasaan sesiapa yang dikehendakiNya.
Kebanyakan
takhta di dunia dulu dan sekarang putera sulunglah yang mewarisi takhta
sebagaimana Al-Marhum Sultan Abdul Halim sebagai putera yang tertua
dari al-Marhum Sultan Badlishah yang mangkat setahun selepas merdeka
dulu.
Tuanku Abdul Halim sebagai waris pertama takhta Kedah
memang dalam pengetahuan semua, justeru baginda adalah putera tertua dan
sudah jadi Raja Muda.
Setelah
baginda tiada putera bagi mewarisi takhta, maka adinda Sultanlah
mewarisinya. Tunku Sallehuddin bukanlah waris terkanan. Al-Marhum Sultan
Badlishah adalah beberapa putera sebelum Tunku Sallehuddin. Ditakdirkan
semua putera antara Al-Marhum Sultan Abdul Halim dan Tunku Sallehuddin
mangkat belaka.
Tunku Sallehuddin baru jadi Raja Muda beberapa
tahun lalu saja. Sebagai putera yang kesembilan baginda pun tidak
mengharapkan akan naik takhta. Demikianlah kehendak Allah, ada putera
yang menunggu giliran naik takhta, tak naik takhta, yang tidak pernah
memikirkan untuk naik takhta naik takhta.
Jika kita perhatikan
takhta Perak, Al-Marhum Sultan Azlan Shah bukan calon yang disediakan
oleh almahum ayahanda Sultan Yusuf Izzudin Shah dalam salur galur
takhta. Putera Sultan Yusuf yang disenaraikan ialah Raja Ikram, kekanda
Raja Azlan Shah.
Raja Ikram sempat jadi Raja Di Hilir. Maka
al-Marhum Sultan Idris perkenan mengangkat Raja Azlan menjadi Raja
Kechil Bungsu supaya ada zuriat Sultan Yusuf dalam salur waris takhta di
Perak setelah mangkat Raja Ikram sebagai Raja Di Hilir. Raja Azlan
tidak jadi Raja Di Hilir tetapi masuk dalam waris terakhir dalam senarai
raja bergelar.
Raja Azlan dipercayai tidak memikir giliran
sempat naik tahkta memandangkan waris yang kanan ramai dan usianya pun
tidaklah muda sangat. Usianya dengan Sultan Idris tidak banyak beza.
Ditakhdir satu demi satu waris yang kanan pergi, Raja Azlan sudah
tinggal beberapa tangga saja lagi. Ketika baginda jadi waris yang ketiga
Raja Muda Musa mangkat. Sultan Idris tiak memperkenan Raja Hisham untuk
jadi Raja Muda, kerana dikatakan baginda lebih tua dari Sultan dan
tidak begitu cergas untuk menghadiri majlis rasmi, sedang Sultan
menunggu giliran untuk jadi Yang di-Pertuan Agong. Maka baginda mahukan
seorang Raja Muda yang cergas untuk menjadi pemangku Sultan.
Maka Raja Azlan yang jadi Ketua Hakim Negara masa itu ditabalkan sebagai Raja Muda. Raja Hisham kekal di tempatnya.
Tidak
lama Sultan Idris pula mangkat. Sultan Azlan Shah mengekalkan Raja
Hisham di tempatnya memperkenan adinda Sultan Idris menjadi Raja Muda
dan memasukkan puteranya Raja Nazrin masuk dalam kerabat waris takhta.
Raja Nazrin tidak melalui tangga di bawah kerana ada peruntukan Sultan
boleh mengangkat seseorang di tempat yang kanan.
Tidak lama
mangkat lagi Raja Muda yang orang Kuala Kangsar mengenalinya sebagai
Tengku Chik semasa ziarah Terengganu. Raja Nazrin yang setangga di bawah
Raja Hisham pun jadi Raja Muda atas cara yang sama Sultan Idris memilih
Raja Azlan dan Sultan Azlan mengangkat adinda Sultan Idris jadi Raja
Muda.
Demikian tuah Sultan Azlan yang tak tefikir jadi Sultan menaiki takhta sama seperti tuah Tunku Salehuddin.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan