Proislamisasi atau retorik pilihan raya?

Oleh Mohd Razlan Muhammad Rafii  

Kebelakangan ini memang agak sukar untuk mencari seorang pemimpin yang boleh berbicara dan tegas berdiri teguh mempertahankan prinsip dasar parti dan dalam masa yang sama tidak berlembut dengan desakan parti lain yang mempunyai dasar bertentangan.

Semenjak penubuhan parti DAP, umum fahami dengan gerakan dan pegangan parti liberal yang secara terang-terangan menolak sama sekali pendekatan keislaman di sini.

Dari isu tanda jalan bertulisan jawi, isu azan, isu pendidikan Islam, sambutan hari raya, isu wang zakat malahan baru-baru ini membantah keras cadangan akta Rang Undang-Undang (RUU) 355 tanpa berminat mendengar terlebih dahulu penjelasan daripada pihak sepatutnya mengenai akta tersebut.

Terbaru, membaca artikel Lim Kit Siang yang menghentam Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tanpa menghentam parti PAS boleh diibaratkan sebagai kata-kata parasit yang mahu ahli-ahli PAS bertelagah sesama sendiri dengan niat bagi mendapatkan sokongan ahli yang bertentangan dengan pandangan dan tindakan presiden PAS.

Modus operandi yang sama juga pernah dilakukan oleh pembangkang terhadap UMNO bagi memastikan kepimpinan parti keramat ini bertelagah dan berlaga angin dalam isu 1MDB.

Akhirnya Tan Sri Muhyddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir termakan umpan mereka dan mereka terus menjatuhkan hukum kepada perdana menteri tanpa mendengar penjelasan dan melihat kepada keputusan siasatan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin yang tidak akan berkompromi dengan pemimpin parti yang cenderung kepada pemikiran yang berpegang teguh dengan dasar asal parti mereka.

Apabila Kit Siang berkata menyokong Islamisasi, adakah beliau berkata setuju apabila RUU 355 yang dibentangkan?

Kutipan wang zakat

Sudah jenuh pemimpin Umno dan PAS menerangkan kepada kepada umum bahawa RUU ini hanya memperbaharui atau menaik taraf Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan mahkamah Sivil.
Mereka sebagai pemimpin nampak dan faham akan perkara ini untuk kebaikan orang Islam di sini tetapi sudah menjadi resam, mereka akan cuba sedaya upaya memastikan rakyat ketakutan apabila akta ini dikuatkuasakan kerana pemikiran 'anti islam' terlalu menebal dalam jiwa pemimpin pembangkang.

DAP juga pernah mempertikaikan kewajaran bayaran wang zakat direbat dalam cukai pendapatan. Malah DAP menyuruh orang Islam membayar kedua-duanya sekali iaitu wang zakat serta cukai pendapatan secara penuh.

DAP dakwa wang zakat tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan ini adalah tidak adil kepada mereka. DAP juga berhasrat untuk tidak mempraktikan kutipan wang zakat sekiranya mereka berkuasa kelak.

Pendidikan Islam menurut DAP tidak perlu diajar di peringkat sekolah dan perlu dimansuhkan kerana parti tersebut berkata pembelajaran subjek tersebut boleh dipelajari dari madrasah, surau atau masjid.
Apa yang cuba disampaikan pula oleh Kit Siang adalah partinya tidak bersetuju dengan fahaman Islamisasi ketaksuban, kebencian dan ekstremisme.

Ya, perkara yang dinyatakan ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak saling hormat menghormati antara satu sama lain dan memahami kepelbagaian agama, adat serta budaya.
Namun kegagalan DAP mengawal sikap ego dan bodoh sombong pemimpinnya menyebabkan sesetengah umat Islam di sini bertindak di luar batasan bagi menyuarakan bantahan terhadap kebiadapan bahasa dan tingkah laku pemimpin DAP.


DATUK MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII merupakan Ketua Pemuda BN Wilayah Persekutuan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan