1. Hari ini saya bersolat Jumaat di masjid sebuah universiti di Perlis. Nama universiti terlibat saya sebutkan di penghujung status ini. Saya manfaatkan saluran ini utk membuat teguran kerana lebih mudah dan efektif.
2. Di universiti ini ramai ustaz termasuk yg ada PhD kerana di sini ada kursus tamadun Islam. Ramai ustaz di sini yg saya kenal, bahkan suatu masa dulu saya pernah juga dijemput oleh pelajar utk menyumbang dalam beberapa acara mereka.
3. Saya bersolat di masjid universiti ini sudah dua kali dgn hasrat utk
mendengar khutbah Jumaat yg tidak melelapkan mata saya. Malangnya,
kedua-duanya saya terlelap, sama seperti masjid kampong yg hadiri
sebelumnya.
4. Universiti sepatutnya menghidangkan khutbah yg power kerana pendengarnya adalah mahasiswa dan pensyarah. Khutbahnya patut mengulas isu-isu umat secara objektif dan berkesan. Itulah antara medan terbaik, dan itulah tugas universiti.
5. Tambahan pula masjid universiti punya autonomi dan tidak terlalu terikat dgn peraturan agensi agama negeri. Apa salahnya universiti tampilkan pensyarah sebagai pengkhutbah setaraf dgn kewibawaan universiti dan fungsinya.
6. Sedih apabila kualiti khutbah masjid universiti setaraf masjid di kampong terpencil. Apabila anak muda tersengguk-sengguk dengar khutbah, kita salahkan mereka, tapi apabila khatib di masjid universiti sendiri menggalakkan makmum tersengguk, siapa pula yg salah?
7. Saya tak pasti, adakah khatib dan imam pada hari ini pensyarah atau bukan. Jika bukan, sepatutnya pensyarah mengambil peluang berdiri di atas mimbar selaku jurubicara umat. Jika khatib dan imam pada hari ini adalah pensyarah, ini sesuatu yg memalukan universiti berkenaan.
8. Kenapa? Ayat al-Quran dan hadis dlm khutbah dibaca lintang-pukang. Bahkan, nada dan gaya khutbah juga menjemukan, disempurnakan pula kejemuannya dgn tajuk khutbah seolah-olah topik kitab kuning. Pendek kata, khutbahnya hambar, tawar, tiada feel langsung.
9. Paling tragis, bacaan al-Quran dlm solat juga sangat tidak menyenangkan saya. Usahkan dikira sebutan makhraj huruf, tajwid asas seperti dengung dan panjang pendeknya sangat memalukan. Jika yg jadi imam tadi adalah pensyarah, saya hanya mampu geleng kepala.
10. Jika khatib dan imam pada hari ini diletak dalam nilaian skala, saya berikan dua persepuluh saja. Jika masjid ini masjid kampong mungkin skalanya baik sedikit, tapi ini masjid universiti yg ada kursus tamadun Islam.
11. Saya harap masjid an-Nur UiTM Perlis dapat memanfaatkan mimbar Jumaat sebagai medan pencerdasan umat. Mimbar masjid universiti seharusnya meriah dgn proses pencerahan dan pembijakan warga, bukan sekadar membiarkan mimbar terisi dgn rutin yg membosankan.
12. Sayang sekali apabila para ilmuan kita menyesiakan peluang yg terbuka. Ilmuan mesti terjun ke medan bukan terperap dlm bilik berekon bersama idealisme dan teori tanpa bikin dan laksana.

0 comments:
Catat Ulasan