Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyifatkan penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhamad Taib melengkapkan jentera BN untuk kembali merampas Selangor.
"Saya dah bincang mengenai kedudukan beliau dan saya percaya mereka akan berganding bahu dengan saya untuk memastikan kemenangan BN.
Dalam sidang media sama, beliau turut menyelar pimpinan Kerajaan Negeri Selangor kerana dilihat tidak serius untuk membela nasib rakyat negeri itu.
"Contohnya kawasan ni (Flat Taman Segar Perdana) terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dimenangi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
"Mana dia sejak kemenangan dalam pilihan raya kecil tempoh hari?
"Tapi, demi rakyat, kita ketepikan fahaman politik dan saya luluskan peruntukan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan demi rakyat di sini," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan